Tuesday, June 19, 2012

Diari rawatan 4 Jun 2012 - Gangguan Sihir


Bismilahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

 (sekadar hiasan)

Alhamdulillah segala puji dan syukur atas segala nikmat  yang telah diberikan.

Seorang wanita yang sedang mengambil PhD telah datang ke rumah bersama suaminya dan anak-anak untuk meminta bantuan rawatan berkenaan masalah dirinya yang katanya mengalami gangguan sejak 9 tahun yang lalu. Masa tu keadaan saya kurang sihat kerana penyakit 'chicken pox' cuma dah hujung-hujung nak sembuh. Setelah mendengar kisah yang diceritakan maka rawatan dimulakan. Pesakit diminta memejamkan mata untuk berzikir. Semasa zikir dilihat pesakit mempunyai potensi untuk meraga sukma. Segala apa yang dia nampak dia ceritakan pada saya. Saya pandunya untuk cari punca penyakitnya. Semasa berjalan dalam terowong masa pesakit ternampak di depannya ada sebuah peti dan bila dibuka ada sebilah pedang dan sebuah mahkota dan pesakit memakainya. 

Dalam perjalanan tersebut di sampai ke tepi pantai dan nampak ada sampan. Bila naik dalam sampan dan berkayuh pesakit sampai di tanah Jawa dan bertemu dengan seseorang yang bernama Hasan. saya minta Hasan menemankan pesakit. Mula-mula pesakit pergi ke rumah ibunya. Kelihatan rumah tersebut terlampau banyak entiti yang tidak dijemput. Proses pebersihan dilakukan. Setelah selesai pergi pula ke rumah sewanya di Kajang. Proses pembersihan juga dilakukan di rumahnya. setelah selesai saya minta pesakit lihat dalam dirinya pula. Terdapat banyak serbuh di dadanya dan di kaki. Pembersihan dilakukan. Saya meminta dia melihat suaminya pula. Bila dia lihat dia nampak banyak ulat-ulat  di dada suaminya. 

Pembersihan dilakukan dan ditangguhkan kerana pesakit merasa letih dan tak larat untuk melakukan meraga sukma. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk minum dan mandian. Pesakit bercadang untuk terapi lagi. Cuma minggu ini akan ke Melaka untuk rawatan pesakit yang mengidap  gila selama 15 tahun.