Sunday, October 9, 2011

GAMBAR BULAN PENUH 10/10/11




KUALA LUMPUR 10 Okt – Fenomena “Moon Halo” atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira pukul 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa malahan sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad berkata, fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

"Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekeliling bulan itu merupakan cahaya bulan yang terserak.

"Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi. – Bernama

Monday, October 3, 2011

Diari Perubatan 27 September 2011- Sawan Tangis

(cuma gambar hiasan)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Ramadan dan Syawal telah telah meninggalkan kita, namun bulan zulkaedah ini masih ada lagi jamuan rumah terbuka di sana sini.

Sebelum raya baru-baru ada seorang bapa pesakit telah menghadiahkan sepersalinan pakaian raya kepada saya sebagai ucapan terima kasih kerana membantu ikhtiar penyakit anaknya. Alhamdulillah dan terima kasih atas pemberian tersebut.

Ada satu kes di Petaling Jaya, seorang lelaki meminta datang ke rumahnya kerana masalah sawan tangis anaknya yang baru keluar dari hospital enam hari lepas. Simpton matanya selalu merenung ke satu tempat. Mak bidan yang mengurut isterinya pula akan berasa mengantuk bila mengurut isteri lelaki tersebut.

Setelah tiba di rumahnya saya cuba memeriksa keadaan rumah, alhamdulillah sudah dibuat pagar ghaib. Saya lihat bayi tersebut dan memeriksa beberapa point di tubuhnya bagi mengenalpasti penyakit sawan tangis. Ada sedikit tanda sawan tangis dan urutan dilakukan terhadap bayi tersebut. Seterusnya punca dicari lagi. Rupa-rupanya punca masalah adalah dari isterinya. Ada sesuatu yang mengikutnya semasa pulang dari hospital. Isteri tersebut dibekalkan dengan mandian minyak wangi dan garam untuk mandian 7 hari berturut-turut. mudah-mudahan Allah terima ikhtiar yang sedikit ini. Amin