Friday, December 9, 2011

Diari Rawatan 23 November 2011- Gangguan Sekeluarga

(Gambar tiada kaitan dengan cerita)

Bismillahirrohmanirrohim....

Alhamdulillah dengan izinNya masih lagi dapat mencoretkan sedikit diari rawatan ke atas pesakit. Risau sekiranya tidak ditulis akan terlupa ceritanya.

Seorang rakan yang dikenali telah menelefon meminta membantu keluarganya yang mengalami masalah di Terengganu, Setia Wangsa dan Klang yang dikatakan olehnya berkemungkinan saka sekeluarga. Berkebetulan rakan ini berkursus di Kuala Lumpur selama seminggu. Jadi kesempatan ini digunakan untuk membawa kakaknya di Setia Wangsa untuk berubat. Dikhabarkan kakaknya mengalami kesakitan tangan dan belikat serta seringkali bermimpi 'bersama' dengan seseorang yang tidak dikenali semenjak melahirkan anak pertama. Bila kakak rakan saya datang sudah terasa gelombang yang tak elok.

Rawatan dilakukan seperti biasa. Pesakit merasakan sakit di kepala, belikat dan lengan tangan kanan. Lebih kurang 30 minit kesakitan telah hilang. Pesakit telah dibekalkan dengan minyak wangi dan garam untuk mandian dan beberapa bahan untuk pembersihan rumah selama seminggu. Dalam tempoh pembersihan setiap malan di kawasan rumahnya berbau hancing yang kuat walaupun pintu semua telah ditutup. Pembersihan rumah juga dilakukan di Terengganu.

Alhamdulillah setelah pembersihan rumah dilakukan masalah gangguan di rumah bapanya di Terengganu, rumah kakaknya di Klang telah dapat diselesaikan dengan izin Allah. Rawatan susulan akan dibuat kepada kakan pesakit di Setiawangsa bagi meng 'clear'kan gangguan pada dirinya yang telah berkurang sebanyak 90 %. Mudah-mudahan dipermudahkan segala-galanya.