Saturday, May 19, 2012

Diari Rawatan 9 Mei 2012- Sihir Abu Mayat

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TERAS - Alhamdulillah segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Baru-baru ini berkesempatan out station ke utara tanah air dan malamnya seorang rakan saya meminta bantuan rawatan bagi isterinya yang dikhabarkan terkena sihir sejak sebelum mereka berkahwin lagi. Pesakit ini tergolong dalam wanita yang cantik.

Rawatan dilakukan pada malam Jumaat. Pesakit kerasukan meliuk-liuk seperti ular dan kadangkala menyondol-nyondol seperti khinzir. Macam-macam kaedah telah digunakan tapi masih tidak berhasil. Saya mencuba kaedah meraga sukma menggunakan pesakit. Bila berjaya meraga sukma saya meminta pesakit berjalan bagi mencari punca penyakitnya. Mula-Mula dia nampak orang yang disyaki sedang memuja-muja gambarnya. Bila jurus dilakukan terus gambar tersebut terlepas dari tangan yang disyaki dan seterusnya pemuja terpelanting jatuh. Pesakit juga nampak seekor khinzir dibakar dan dipuja. Selain itu pesakit juga nampak seorang lelaki telah dibakar hidup-hidup dan abu mayatnya diambil untuk dijadikan sihir. Pesakit juga nampak beberapa kali dia telah diberi makan dengan makanan yang kotor.

Alhamdulillah dapat ilham menggunakan rendaman kaki pesakit selama 40 minit. Alhamdulillah nampak hasil yang positif. Semasa rendaman pesakit namapak air tersebut berwarna putih susu. Bila diletakkan kaki pesakit, pesakit namapak seperti air tersebut berpusar seperti menyedut energi yang tak elok pada tubuh pesakit. Air berkenaan bertukar warna kepada merah dan hitam. Selepas selesai pesakit merasakan badannya semakin ringan. Saya meminta pesakit meneruskan rendaman selama 7 malam berturut-turut serta istiqomah melakukan wirid yang telah dijazahkan.