Tuesday, June 14, 2011

Rawatan 14 Jun 2011


(sekadar gambar hiasan)

Bismillahhirrohmanirrohim...
Alhamdulillah pagi tadi dapat panggilan dari seorang suami meminta rawatan dilakukan kepada isterinya di Presint 11. Pesakit merasa sakit jam 10 malam sampai pagi tadi sambil mengerang kesakitan di seluruh tubuhnya. Nak bergerak pun susah . Katanya terkena sihir di pejabat dan sakit satu badan sejak sebulan lepas. Sampai di rumahnya saya minta pesakit mandi dahulu menggunakan minyak wangi dan garam serta beberapa bahan lain. Selepas itu barulah rawatan dimulakan.

Semasa bacaan ayat suci pesakit mengerang kesakitan meminta jangan diteruskan bacaan dan dia nampak ada kelibat hitam di sebelah kanannya. Setelah dizasskan kelibat tersebut kesakitan mulai berkurangan. Dalam tempoh rawatan pesakit tidur kepenatan kerana kurang tidur.Selesai sahaja rawatan pesakit terus masuk bilik untuk smabung tidur . Pesakit dinasihatkan untuk mandi selama 41 hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment