Monday, August 22, 2011

Rawatan 8 Ogos 2011


(Sekadar gambar hiasan)


Bismilahhirohmanirrohim


Terapi Alkautsar (TERAS) - Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk updated blog yang tak sempat dijenguk kerana kesibukan dunia. Pada tarikh itu dua orang wanita telah datang ke rumah meminta bantuan disebabkan adanya gangguan bisikan supaya terjun dari tingkap apartment yang dia duduk. Kadang-kadang bisikan suruh dia gantung diri di kipas dan bermacam lagi. Saya pun mendiagnos Puan SS dan dia merasakan ada gerakan di dalam tubuhnya. Bilamana saya sentuh tapak tangan ke kepalanya tiba-tiba terus Puan SS ini menangis teresak-esak. Rawatan dihentikan sementara bagi menstabilkan keadaan. Setelah reda rawatan disambung semula. Dalam tempoh zikir Puan SS merasakan tubuhnya terlalu sakit dan penat. Bila dah selesai Puan SS dibekalkan dangan minyak wangi untuk mandian.


Rakannya yang menemankan meminta memeriksa dirinya pula. Bila tapak tangan saya sentuhkan di kepalanya terus rakan Puan SS merasa kebas di pinggang dan kaki. Saya merasakan terdapat energi negatif di tubuhnya. Bila cungkil cerita barulah dia menceritakan perihal bapa saudaranya telah memberikan pendamping bagi melindunginya dari perkara yang tidak diingini. Saya minta rakan Puan SS datang selepas raya kerana malam pun dan semakin lewat.


Puan SS telah menghantar SMS kepada saya dalam tempoh seminggu mandian minyak wangi, dia ada bermimpi daun pokok berguguran jatuh ke tubuhnya dan dia juga nampak terdapat 2 orang lelaki berjubah putih datang menarik gangguan dari tubuhnya. Mudah-mudahan Allah membantu pesakit tersebut untuk sembuh sepenuhnya bagi masalah yang dia alami. Amen

Sunday, August 7, 2011

Petua Mencari Lailatul Qadar

[muslim-man-at-prayer.jpg]

Bismillahirahmanirahim…
TERAS - Salam Ramadan Al Mubarak kepada para pengunjung blog saya. Adalah diharapkan supaya Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan-ramadan sebelumnya. Saya selaku pemilik blog ini memohon maaf andai ada terkasar bahasa kepada para pengunjung blog sekalian.

Saya suka memetik beberapa petua yang saya ambil dari kitab Mutlaq al Badrin mengenai bab malam lailatul Qadar.


Menurut Imam Shafie, malam lailatul Qadar terkandung di dalam 10 akhir Ramadan dan terlebih afdal pada malam yang ganjil dan terlebih afdal pula pada malam ke 21 atau malam ke 23 Ramadan.

Manakala berkata Imam Ghazali pula adalah malam Lailatul Qadar dapat diketahui dengan hari yang awal daripada bulan.


1. Sekiranya awal Ramadan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatul Qadar adalah malam ke 29.
2. Sekiranya awal Ramadan pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar pada malam ke 21.
3. Sekiranya awal Ramadan pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 27.
4. Sekiranya awal Ramadan pada hari Khamis maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 25.
5. Sekiranya awal Ramadan pada hari Sabtu maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 23.


Dan berkata Syeikh Abu Al Hasan selama baligh tiada dia luput malam lailatul Qadar dengan kaedah ini.


Sekiranya pengunjung blog dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar maka selit-selitkan doa untuk hamba yang dhoif supaya Allah SWT redha, mengampunkan segala dosa-dosa, termasuk di dalam golongan yang memasuki syurga dan dilindungkan dari api neraka

ALLAHUMMA AMIN