Showing posts with label rawatan gangguan. Show all posts
Showing posts with label rawatan gangguan. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Rawatan 8 Ogos 2011


(Sekadar gambar hiasan)


Bismilahhirohmanirrohim


Terapi Alkautsar (TERAS) - Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk updated blog yang tak sempat dijenguk kerana kesibukan dunia. Pada tarikh itu dua orang wanita telah datang ke rumah meminta bantuan disebabkan adanya gangguan bisikan supaya terjun dari tingkap apartment yang dia duduk. Kadang-kadang bisikan suruh dia gantung diri di kipas dan bermacam lagi. Saya pun mendiagnos Puan SS dan dia merasakan ada gerakan di dalam tubuhnya. Bilamana saya sentuh tapak tangan ke kepalanya tiba-tiba terus Puan SS ini menangis teresak-esak. Rawatan dihentikan sementara bagi menstabilkan keadaan. Setelah reda rawatan disambung semula. Dalam tempoh zikir Puan SS merasakan tubuhnya terlalu sakit dan penat. Bila dah selesai Puan SS dibekalkan dangan minyak wangi untuk mandian.


Rakannya yang menemankan meminta memeriksa dirinya pula. Bila tapak tangan saya sentuhkan di kepalanya terus rakan Puan SS merasa kebas di pinggang dan kaki. Saya merasakan terdapat energi negatif di tubuhnya. Bila cungkil cerita barulah dia menceritakan perihal bapa saudaranya telah memberikan pendamping bagi melindunginya dari perkara yang tidak diingini. Saya minta rakan Puan SS datang selepas raya kerana malam pun dan semakin lewat.


Puan SS telah menghantar SMS kepada saya dalam tempoh seminggu mandian minyak wangi, dia ada bermimpi daun pokok berguguran jatuh ke tubuhnya dan dia juga nampak terdapat 2 orang lelaki berjubah putih datang menarik gangguan dari tubuhnya. Mudah-mudahan Allah membantu pesakit tersebut untuk sembuh sepenuhnya bagi masalah yang dia alami. Amen

Sunday, April 17, 2011

Rawatan Santau Angin

(sekadar gambar hiasan)

Bismilahirrohmanirrohim.

TERAS- Rasanya dah lama tak update blog ini. Bukan apa kekeringan idea. Kali ini saya nak cerita sedikit kisah rawatan. Semalam petang 17 Mac 2011, ada satu keluarga dari Kota Damansara seramai 5 orang datang ke rumah. Katanya mereka telah disantau angin sejak tahun 2006 lagi semasa di Pulau Pinang. Ramai dah perawat yang dia jumpa tetapi masalah yang dihadapai hanya bertahan selama seminggu sahaja dan penyakitnya akan kembali lagi.Setelah pesakit menceritakan masalahnya, maka sesi scanning dilakukan dan rawatan dijalankan.Pesakit telah didoakan dengan bacaan ayat suci dan doa sumpahan bagi bisa.
Bahan-bahan yang dibawa oleh keluarga En. S didoakan untuk pembersihan rumah( telur itik, kain putih,air kolah masjid) dan pembersihan energi yang tak elok pada pesakit dan keluarganya dan beberapa mandian yang perlu dilakukan oleh mereka sekeluarga (minyak wangi dan garan dan beberapa bahan lain).
Mudah-mudahan dengan ikhtiar ini segala masalahnya akan selesai selama0lamanya.

Sunday, February 13, 2011

Rawatan pada 10 Januari 2011

Bismillahirrohamnirrohim (Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Alhamdulillah, seramai 4 orang sekeluarga telah menunggu di rumahnya untuk rawatan. Lokasi adalah di Putrajaya. Pesakit dapat nombor saya daripada Muallij Rosdi. Rawatan dilakukan jam 6.00 petang selepas balik dari kerja. Pesakit mengalami gangguan sakit belakang dan sejuk diperut terutamanya waktu asar ke atas. Isteri pesakit pula mengalami gangguan sukar untuk berjalan dan kaki serta tangan selalu kebas.
Rawatan dilakukan secara serentak untuk 4 pesakit tersebut. Bacaan ayat suci Al quran dibaca dan pesakit mengalami ada sesuatu yang bergerak di dalam tubuhnya. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk mandian selama 7 hari berturut.

Thursday, January 20, 2011

Rawatan Santau 20 Januari 2011

(SEKADAR GAMBAR HIASAN)




Bismillahirrohmanirrohim...

Terapi Al Kautsar - Malam tadi rumah saya di datangi seramai 6 orang wanita. Walaupun temujanji telah dibuat, ingatkan dua orang sahaja, yang lain datang nak tengok jer...

Puan H nie belajar dari universiti di Lembah Klang. Dia telah buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengatakan tiada apa-apa. Dia selalu rasa gatal di tangan dan kakinya. Rawatan dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci alquran sambil menyentuh kepalanya. Semasa bacaan tersebut dia mulai rasa pening-pening dan nak muntah, serta perutnya rasa mencucuk-cucuk. Rawatan dalam masa 20 minit.

Bila tamat rawatan, saya tanya padanya dia mungkin ada tanda-tanda terkena santau. Barulah dia cerita kisah dua tahun lepas terkena santau dan telah dirawat di Pulau Pinang. Saya beritahu padanya masih ada saki baki yang belum clear lagi. Puan H dibekalkan dengan minyak wangi dan air mineral untuk mandian selama 7 hari berturut.

Monday, January 10, 2011

Rawatan 7 Disember 2010

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.

Saya dapat sms dari seorang kenalan dari negeri Kedah meminta bantuan rawatan kepada kakak iparnya yg dah 26 tahun mengalami simpton gila sejak berumur 14 tahun lagi. Beribu dah duit habis jumpa bomoh. Untuk makluman, rawatan dilakukan secara jarak jauh. saya meminta beberapa bahan untuk proses rawatan kepada kawan saya, encik M. Antara bahan yang diperlukan adalah kain putih 2 meter, air kolah masjid 1.5 liter, minyak wangi attar dan garam.

Proses rawatan adalah selama seminggu. Bahan-bahan tadi telah didoakan secara jarak jauh.
Dalam masa 7 hari ini ayah pesakit ini telah terbau bau busuk dan hamis pada waktu tengah malam dan anak saudaranya berumur 1 tahun 7 bulan menangis takut seperti melihat sesuatu.
Lepas 7 hari bahan tadi dibuang ke sungai manakala kain putih di sedekahkan ke masjid yang terdekat.

Selepas rawatan selesai, Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara walaupun bukan 100 % sembuh mungkin dalam 90 % sahaja. Warna kulitnya pun yang dulu hitam dah semakin cerah dan banyak perubahan yang berlaku. Apa yang menarik ialah pesakit itu nampak saya berjubah putih datang merawat dia dan membuang energi negatif yang ada ditubuhnya walaupun pesakit tidak pernah berjumpa dengan saya. Pesakit telah menceritakan bentuk saya pada isteri kenalan saya dan kawan saya pun terkejut kerana apa yang disampaikan adalah betul.
Alhamdulillah puji dan syukur kerana Allah telah mengizinkan penyembuhan kepada pesakit tersebut.