Monday, August 22, 2011

Rawatan 8 Ogos 2011


(Sekadar gambar hiasan)


Bismilahhirohmanirrohim


Terapi Alkautsar (TERAS) - Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk updated blog yang tak sempat dijenguk kerana kesibukan dunia. Pada tarikh itu dua orang wanita telah datang ke rumah meminta bantuan disebabkan adanya gangguan bisikan supaya terjun dari tingkap apartment yang dia duduk. Kadang-kadang bisikan suruh dia gantung diri di kipas dan bermacam lagi. Saya pun mendiagnos Puan SS dan dia merasakan ada gerakan di dalam tubuhnya. Bilamana saya sentuh tapak tangan ke kepalanya tiba-tiba terus Puan SS ini menangis teresak-esak. Rawatan dihentikan sementara bagi menstabilkan keadaan. Setelah reda rawatan disambung semula. Dalam tempoh zikir Puan SS merasakan tubuhnya terlalu sakit dan penat. Bila dah selesai Puan SS dibekalkan dangan minyak wangi untuk mandian.


Rakannya yang menemankan meminta memeriksa dirinya pula. Bila tapak tangan saya sentuhkan di kepalanya terus rakan Puan SS merasa kebas di pinggang dan kaki. Saya merasakan terdapat energi negatif di tubuhnya. Bila cungkil cerita barulah dia menceritakan perihal bapa saudaranya telah memberikan pendamping bagi melindunginya dari perkara yang tidak diingini. Saya minta rakan Puan SS datang selepas raya kerana malam pun dan semakin lewat.


Puan SS telah menghantar SMS kepada saya dalam tempoh seminggu mandian minyak wangi, dia ada bermimpi daun pokok berguguran jatuh ke tubuhnya dan dia juga nampak terdapat 2 orang lelaki berjubah putih datang menarik gangguan dari tubuhnya. Mudah-mudahan Allah membantu pesakit tersebut untuk sembuh sepenuhnya bagi masalah yang dia alami. Amen

Sunday, August 7, 2011

Petua Mencari Lailatul Qadar

[muslim-man-at-prayer.jpg]

Bismillahirahmanirahim…
TERAS - Salam Ramadan Al Mubarak kepada para pengunjung blog saya. Adalah diharapkan supaya Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan-ramadan sebelumnya. Saya selaku pemilik blog ini memohon maaf andai ada terkasar bahasa kepada para pengunjung blog sekalian.

Saya suka memetik beberapa petua yang saya ambil dari kitab Mutlaq al Badrin mengenai bab malam lailatul Qadar.


Menurut Imam Shafie, malam lailatul Qadar terkandung di dalam 10 akhir Ramadan dan terlebih afdal pada malam yang ganjil dan terlebih afdal pula pada malam ke 21 atau malam ke 23 Ramadan.

Manakala berkata Imam Ghazali pula adalah malam Lailatul Qadar dapat diketahui dengan hari yang awal daripada bulan.


1. Sekiranya awal Ramadan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatul Qadar adalah malam ke 29.
2. Sekiranya awal Ramadan pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar pada malam ke 21.
3. Sekiranya awal Ramadan pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 27.
4. Sekiranya awal Ramadan pada hari Khamis maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 25.
5. Sekiranya awal Ramadan pada hari Sabtu maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 23.


Dan berkata Syeikh Abu Al Hasan selama baligh tiada dia luput malam lailatul Qadar dengan kaedah ini.


Sekiranya pengunjung blog dapat menghidupkan malam Lailatul Qadar maka selit-selitkan doa untuk hamba yang dhoif supaya Allah SWT redha, mengampunkan segala dosa-dosa, termasuk di dalam golongan yang memasuki syurga dan dilindungkan dari api neraka

ALLAHUMMA AMIN

Sunday, July 24, 2011

Majlis Tahlil Kesyukuran Di Rumah Pesakit

Bismillahirrohmanirrohim....

TERAS - Alhamdulillah masih berkesempatan meluangkan masa ke rumah bekas pesakit yang telah disihir selama 20 tahun di Kajang. Bapa pesakit telah mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya pada 22 Julai lalu dengan menjemput seramai 40 orang hafiz Al Quran dari Hayatul Ulum, Ulu Langat, Selangor . Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan ayat quran sebannyak 30 juzuk dan bacaan tahlil. Majlis berakhir pada Isyak dan selepas itu ada sedikit jamuan makan. Mudah-mudahan hajat tuan rumah dimakbulkan Allah s.w.t. Di bawah ada sedikit gambar suasana majlis tersebut diadakan.

( sesi bacaan 30 juzuk alquran di rumah pesakit)

( sesi bacaan 30 juzuk alquran di rumah pesakit)








Sunday, July 17, 2011

Rawatan 15 Julai 2011

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS - Saya dapat panggilan dari sang suami yang berada di Presint 5 meminta saya datang unuk merawat isterinya yang mengidap penyakit kanser tahap empat dan dan sudah 2 kali menjalani terapi kimo. Pihak hospital memaklumkan terapi kimo yang ketiga tidak dapat dilakukan kerana harapan 50-50. Semasa sang suami menelefon saya pada 13 Julai, saya berada di Kuala Terengganu menuju ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Katanya isterinya mengalami gangguan dan sering tercungap-cungap di rumah. Saya mohon dia jumpa perawat lain kerana saya hanya dapat balik pada hari Jumaat.

Pagi Sabtu (15 Julai) sang suami menelefon lagi minta saya datang ke Hospital Putrajaya kerana sepanjang malam isterinya meracau-racau. Pagi tu pula di kawasan saya ada program sukaneka komuniti dan saya terlibat sebagai jawatankuasa program. Bila perasmian dimulakan saya skip sekejap dan pergi ke Hospital Putrajaya. Sampai di wad saya lihat pesakit tercungap-cungap semput. Saya minta anak perempuan pesakit menyapu minyak wangi al kautsar ke beberapa bahagian tertentu di tubuh pesakit. Pesakit menjerit kepanasan. Selepas tu pesakit di doakan sambil menyentuh dibahu kirinya. Semasa zikir dan doa dan keadaan hening, saya ternampak seperti satu cahaya putih keluar dari tubuhnya. Lebih kurang 20 minit rawatan berakhir dan saya minta sang suami beri minum pada sebelah petang air yang telah didoakan.

Pada jam 9.30 malam sebelum saya ke presint 11 untuk rawatan satu keluarga saya merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Gerak hati mengatakan pesakit yang di hospital kemungkinan ada masalah. Saya menelefon sang suami, berkali-kali tak dapat, setelah meninggalkan pesanan minta sang suami telefon balik, selang lima minit sang suami memberitahu bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah. Sama-sama kita hadiahkan alfatihah kepada pesakit tersebut, Allahyarhamah. Teh Rohani bt Sabri umur 54 tahun. Alfatihah...

Thursday, July 7, 2011

Air Kolah Masjid Untuk Rawatan




Bismilahhirohmanirrohim...

Sekarang ini ramai yang minta untuk rawatan gangguan sihir. Kebetulan, ada kawan minta tolong carikan air kolah masjid.
Mengambil air kolah masjid bukanlah kerja yang susah sangat. Tapi tak semua orang mampu nak buat. Untuk yang dah biasa, di sekitar Kuala Lumpur boleh ambil kurang dari 2 jam lebih. Pengalaman rakan saya, dia akan mulakan dari Masjid Ar-Rahimah kg Pandan Luar, ke Masjid Al-Hidayah Kg Pandan Dalam, ke Surau Al-Falah , Kg Pandan, Surau Pandan Jaya, Masjid Alam Shah Jalan Cochrane, Masjid Kg Bharu dan akhirnya Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati. Mula jam 2.30 ptang hari jumaat dan sempat solat Asar di masjid Simpang 3 , Gombak. Jarak perjalanan adalah dalam 20 km. Selain itu boleh juga cuba cari seperti senarai di bawah.


Pesan saya kalau ke sana nanti janganlah hanya untuk ambil air kolah masjid semata-mata, tetapi sebolehnya tunaikan solat sunat seperti solat tahiyyatul masjid, solat hajat, baca Quran, zikir berderma dan berdoa moga-moga usaha serta rawatan yang akan dilakukan berjaya.

Masjid & Surau (Sekitar Kuala Lumpur) Yang Ada Air Kolah :


1-Masjid Jame' Kampung Baru, KL
2-Masjid Jame' Bandar,KL
3-Masjid Jame' Alam Shah, Jalan Pasar, KL
4-Masjid Jame' Al-Akram; Dato' Keramat, KL
5-Masjid Jame' Mindef, Jalan Padang Tembak, KL
6-Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL
7-Masjid Al-Ridhuan, Ulu Klang
8-Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, KL
9-Surau Jalan Damai, Off Jalan Ampang, KL
10-Surau Nurul Muttaqin, Taman Melati
11-Surau Pinggiran, Sri Gombak
12-Masjid Jame' Sungai Cincin, Gombak
13-Masjid Zakaria, Batu 8, Gombak
14-Masjid Jame' Kpg Nakhoda, Selayang
15-Masjid Jame' Pandan Jaya, Selangor
16-Masjid Jame' Sect. 14, PJ
17-Masjid Ar Rahman, University Malaya
18-Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama
19-Masjid Jame' Saidina Ali, Padang Balang. Gombak

20- Masjid Sri Petaling
21- Masjid India, Kuala Lumpur
22- Masjid Dengkil, Dengkil Selangor


Monday, June 27, 2011

9 JENIS ROH MANUSIA



Menurut ilmu batin pada diri manusia terdapat sembilan jenis Roh. Masing-masing roh mempunyai fungsi sendiri-sendiri. Ke sembilan macam roh yang ada pada manusia itu adalah sebagai berikut :

1. Roh Idofi (Roh Ilofi) : adalah roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idofi juga disebut JIWA AWAL SUCI, karena roh inilah maka manusia dapat hidup. Bila roh tersebut keluar dari raga, maka manusia yang bersangkutan akan mati. Roh ini sering disebut NYAWA

Roh Idofi merupakan sumber dari roh-roh lainnya pun akan turut serta. Tetapi sebaliknya kalau salah satu roh yang keluar dari raga, maka roh Idofi tetap akan tinggal didalam jasad. Dan manusia itu tetap hidup. Bagi mereka yang sudah sampai pada irodat allah atau kebatinan tinggi, tentu akan menjumpai roh ini dengan penglihatannya. Dan wujudnya mirip diri sendiri, baik rupa maupun suara serta segala sesuatunya. Bagai berdiri di depan cermin. Meskipun roh-roh yang lain juga demikian, tetapi kita dapat membezakannya dengan roh yang satu ini. Alamnya roh idofi berupa nur terang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Tentu saja kita dapat menjumpainya bila sudah mencapai tingkat INSAN KAMIL.

2. Roh Rabani : Roh yang dikuasai dan diperintah oleh roh idofi. Alamnya roh ini ada dalam cahaya kuning diam tak bergerak. Bila kita berhasil menjumpainya maka kita tak mempunyai kehendak apa-apa. Hatipun terasa tenteram. Tubuh tak merasakan apa-apa.

3. Roh Rohani : Roh inipun juga dikuasai oleh roh idofi. Karena adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki kehendak dua rupa. Kadang-kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tak menyukainya. Roh ini mempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada 4 jenis nafsu, yaitu :

*Nafsu Luwamah (aluamah)

*Nafsu Amarah

*Nafsu Supiyah

*Nafsu Mulamah (Mutmainah).

Kalau manusia ditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi, sebab semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. Maka, kalau manusia sudah bisa mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidup dalam kemuliaan. Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yang melihat. Dimana pandangan kita tempatkan, disitu roh rohani berada. Sebelum kita dapt menjumpainya, terlebih dulu kita akan melihat bermacam-macam cahaya bagai kunang-kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul roh rohani itu.

4. Roh Nurani : Roh ini dibawah pengaruh roh-roh Idofi. Roh Nurani ini mempunyai pembawa sifat terang. Karena adanya roh ini menjadikan manusia yang bersangkutan jadi terang hatinya. Kalau Roh Nurani meninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjaid gelap dan gelap pikirannya.
Roh Nurani ini hanya menguasai nafsu Mutmainah saja. Maka bila manusia ditunggui Roh Nurani maka nafsu Mutmainahnya akan menonjol, mengalahkan nafsu-nafsu lainnya.
Hat orang itu jadi tenteram, perilakunyapun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyak bicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak protes bila ditimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan menderita dipandang sama.

5. Roh Kudus (Roh Suci) : Roh yang di bawah kekuasaan Roh Idofi juga. Roh ini mempengaruhi orang yang bersangkutan mau memberi pertolongan kepada sesama manusia, mempengaruhi berbuat kebajikan dan mempengaruhi berbuat ibadah sesuai dengan kepercayaan yang dianutnya.

6. Roh Rahmani : Roh dibawah kekuasaan roh idofi pula. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Karena diambil dari kata Rahman yang artinya pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia bersifat sosial, suka memberi.

7. Roh Jasmani : Roh yang juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Roh ini menguasai seluruh darah dan urat syaraf manusia. Karena adanya roh jasmani ini maka manusia dapat merasakan adanya rasa sakit, lesu, lelah, segar dan lain-lainnya. Bila Roh ini keluar dari tubuh, maka ditusuk jarumpun tubuh tidak terasa sakit. Kalau kita berhasil menjumpainya, maka ujudnya akan sama dengan kita, hanya berwarna merah.
Roh jasmani ini menguasai nafsu amarah dan nafsu hewani. Nafsu hewani ini memiliki sifat dan kegemaran seperti binatang, misalnya: malas, suka setubuh, serakah, mau menang sendiri dan lain sebagainya.

8. Roh Nabati : ialah roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi.

9. Roh Rewani : ialah roh yang menjaga raga kita. Bila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang yang bersangkutan akan tidur. Bila masuk ke tubuh orang akan terjaga. Bila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang, maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi itu hasil kerja roh rewani yang mengendalikan otak manusia. Roh Rewani ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Jadi kepergian Roh Rewani dan kehadirannya kembali diatur oleh Roh Idofi. Demikian juga roh-roh lainnya dalam tubuh, sangat dekat hubungannya dengan Roh Idofi.

Tuesday, June 21, 2011

Tujuh Ta'

Bismilahirrohmanirrohim

Untuk menghancurkan dan mengeluarkan makhluk-makhluk halus , sihir , santau dan lainnya , kita perlu mempunyai benteng yang kuat dan kukuh untuk menangani perkara ini . Ia sama seperti kita hendak pergi berperang dan kalau kita pergi tanpa membawa senjata , maka akan binasalah kita . Jadi senjata yang dimaksudkan ada 7 perkara , iaitu 7ت( Ta')

Yang di maksudkan 7ت

1) Takwa zahir dan batin

2) Tauhid yang kukuh

3) Takut pada Allah ( Muraqabah sentiasa )

4) Tawakkal

5) Tawaduk

6) Tahajjud

7) Ta'alim ( Harus Berguru )

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa diberi petunjuk dan pertolongannya yang sentiasa bertawakkal dan diberi perlindungannya . Apa yang kita usahakan terhadap pesakit adalah merupakan hanya 30% dan yang 70% lagi tergantung pada pesakit untuk ia kembali pada Allah