Sunday, July 17, 2011

Rawatan 15 Julai 2011

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS - Saya dapat panggilan dari sang suami yang berada di Presint 5 meminta saya datang unuk merawat isterinya yang mengidap penyakit kanser tahap empat dan dan sudah 2 kali menjalani terapi kimo. Pihak hospital memaklumkan terapi kimo yang ketiga tidak dapat dilakukan kerana harapan 50-50. Semasa sang suami menelefon saya pada 13 Julai, saya berada di Kuala Terengganu menuju ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Katanya isterinya mengalami gangguan dan sering tercungap-cungap di rumah. Saya mohon dia jumpa perawat lain kerana saya hanya dapat balik pada hari Jumaat.

Pagi Sabtu (15 Julai) sang suami menelefon lagi minta saya datang ke Hospital Putrajaya kerana sepanjang malam isterinya meracau-racau. Pagi tu pula di kawasan saya ada program sukaneka komuniti dan saya terlibat sebagai jawatankuasa program. Bila perasmian dimulakan saya skip sekejap dan pergi ke Hospital Putrajaya. Sampai di wad saya lihat pesakit tercungap-cungap semput. Saya minta anak perempuan pesakit menyapu minyak wangi al kautsar ke beberapa bahagian tertentu di tubuh pesakit. Pesakit menjerit kepanasan. Selepas tu pesakit di doakan sambil menyentuh dibahu kirinya. Semasa zikir dan doa dan keadaan hening, saya ternampak seperti satu cahaya putih keluar dari tubuhnya. Lebih kurang 20 minit rawatan berakhir dan saya minta sang suami beri minum pada sebelah petang air yang telah didoakan.

Pada jam 9.30 malam sebelum saya ke presint 11 untuk rawatan satu keluarga saya merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Gerak hati mengatakan pesakit yang di hospital kemungkinan ada masalah. Saya menelefon sang suami, berkali-kali tak dapat, setelah meninggalkan pesanan minta sang suami telefon balik, selang lima minit sang suami memberitahu bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah. Sama-sama kita hadiahkan alfatihah kepada pesakit tersebut, Allahyarhamah. Teh Rohani bt Sabri umur 54 tahun. Alfatihah...

No comments:

Post a Comment