Sunday, July 24, 2011

Majlis Tahlil Kesyukuran Di Rumah Pesakit

Bismillahirrohmanirrohim....

TERAS - Alhamdulillah masih berkesempatan meluangkan masa ke rumah bekas pesakit yang telah disihir selama 20 tahun di Kajang. Bapa pesakit telah mengadakan majlis kesyukuran di rumahnya pada 22 Julai lalu dengan menjemput seramai 40 orang hafiz Al Quran dari Hayatul Ulum, Ulu Langat, Selangor . Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan ayat quran sebannyak 30 juzuk dan bacaan tahlil. Majlis berakhir pada Isyak dan selepas itu ada sedikit jamuan makan. Mudah-mudahan hajat tuan rumah dimakbulkan Allah s.w.t. Di bawah ada sedikit gambar suasana majlis tersebut diadakan.

( sesi bacaan 30 juzuk alquran di rumah pesakit)

( sesi bacaan 30 juzuk alquran di rumah pesakit)








Sunday, July 17, 2011

Rawatan 15 Julai 2011

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS - Saya dapat panggilan dari sang suami yang berada di Presint 5 meminta saya datang unuk merawat isterinya yang mengidap penyakit kanser tahap empat dan dan sudah 2 kali menjalani terapi kimo. Pihak hospital memaklumkan terapi kimo yang ketiga tidak dapat dilakukan kerana harapan 50-50. Semasa sang suami menelefon saya pada 13 Julai, saya berada di Kuala Terengganu menuju ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Katanya isterinya mengalami gangguan dan sering tercungap-cungap di rumah. Saya mohon dia jumpa perawat lain kerana saya hanya dapat balik pada hari Jumaat.

Pagi Sabtu (15 Julai) sang suami menelefon lagi minta saya datang ke Hospital Putrajaya kerana sepanjang malam isterinya meracau-racau. Pagi tu pula di kawasan saya ada program sukaneka komuniti dan saya terlibat sebagai jawatankuasa program. Bila perasmian dimulakan saya skip sekejap dan pergi ke Hospital Putrajaya. Sampai di wad saya lihat pesakit tercungap-cungap semput. Saya minta anak perempuan pesakit menyapu minyak wangi al kautsar ke beberapa bahagian tertentu di tubuh pesakit. Pesakit menjerit kepanasan. Selepas tu pesakit di doakan sambil menyentuh dibahu kirinya. Semasa zikir dan doa dan keadaan hening, saya ternampak seperti satu cahaya putih keluar dari tubuhnya. Lebih kurang 20 minit rawatan berakhir dan saya minta sang suami beri minum pada sebelah petang air yang telah didoakan.

Pada jam 9.30 malam sebelum saya ke presint 11 untuk rawatan satu keluarga saya merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Gerak hati mengatakan pesakit yang di hospital kemungkinan ada masalah. Saya menelefon sang suami, berkali-kali tak dapat, setelah meninggalkan pesanan minta sang suami telefon balik, selang lima minit sang suami memberitahu bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah. Sama-sama kita hadiahkan alfatihah kepada pesakit tersebut, Allahyarhamah. Teh Rohani bt Sabri umur 54 tahun. Alfatihah...

Thursday, July 7, 2011

Air Kolah Masjid Untuk Rawatan




Bismilahhirohmanirrohim...

Sekarang ini ramai yang minta untuk rawatan gangguan sihir. Kebetulan, ada kawan minta tolong carikan air kolah masjid.
Mengambil air kolah masjid bukanlah kerja yang susah sangat. Tapi tak semua orang mampu nak buat. Untuk yang dah biasa, di sekitar Kuala Lumpur boleh ambil kurang dari 2 jam lebih. Pengalaman rakan saya, dia akan mulakan dari Masjid Ar-Rahimah kg Pandan Luar, ke Masjid Al-Hidayah Kg Pandan Dalam, ke Surau Al-Falah , Kg Pandan, Surau Pandan Jaya, Masjid Alam Shah Jalan Cochrane, Masjid Kg Bharu dan akhirnya Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati. Mula jam 2.30 ptang hari jumaat dan sempat solat Asar di masjid Simpang 3 , Gombak. Jarak perjalanan adalah dalam 20 km. Selain itu boleh juga cuba cari seperti senarai di bawah.


Pesan saya kalau ke sana nanti janganlah hanya untuk ambil air kolah masjid semata-mata, tetapi sebolehnya tunaikan solat sunat seperti solat tahiyyatul masjid, solat hajat, baca Quran, zikir berderma dan berdoa moga-moga usaha serta rawatan yang akan dilakukan berjaya.

Masjid & Surau (Sekitar Kuala Lumpur) Yang Ada Air Kolah :


1-Masjid Jame' Kampung Baru, KL
2-Masjid Jame' Bandar,KL
3-Masjid Jame' Alam Shah, Jalan Pasar, KL
4-Masjid Jame' Al-Akram; Dato' Keramat, KL
5-Masjid Jame' Mindef, Jalan Padang Tembak, KL
6-Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL
7-Masjid Al-Ridhuan, Ulu Klang
8-Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, KL
9-Surau Jalan Damai, Off Jalan Ampang, KL
10-Surau Nurul Muttaqin, Taman Melati
11-Surau Pinggiran, Sri Gombak
12-Masjid Jame' Sungai Cincin, Gombak
13-Masjid Zakaria, Batu 8, Gombak
14-Masjid Jame' Kpg Nakhoda, Selayang
15-Masjid Jame' Pandan Jaya, Selangor
16-Masjid Jame' Sect. 14, PJ
17-Masjid Ar Rahman, University Malaya
18-Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama
19-Masjid Jame' Saidina Ali, Padang Balang. Gombak

20- Masjid Sri Petaling
21- Masjid India, Kuala Lumpur
22- Masjid Dengkil, Dengkil Selangor