Showing posts with label santau angin. Show all posts
Showing posts with label santau angin. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Diari Rawatan Santau - 3 Januari 2012

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirrohmanirrohim....

TERAS- Seorang wanita yang tidak dikenali menelefon saya meminta bantuan berkenaan batuk dan gatal-gatal yang berlarutan sejak tahun 2009 hingga kini. Wanita ini telah berjumpa doktor dan melakukan ujian x ray dan mendapati beberapa tompok hitam dan doktor mengatakan penyakitnya adalah tibi dan wanita ini masih memakan pil penyakit tibi tersebut. Ibu wanita ini merupakan wanita yang aktif n di tempat kerja tetapi bila balik ke rumah dia merasa letih dan mengantuk.

Selepas wanita ini selesai menelefon saya untuk perjumpaan rawatan pd malamnya mereka sekeluarga ternampak seekor ular hitam keluar dari rumahnya melalui pintu sejurus wanita ini menelefon saya. Bapanya pun hairan selama 12 tahun tinggal tidak pernah ternampak ular masuk atau keluar dari rumahnya. Malamnya saya datang untuk melakukan rawatan. Beberapa bahan telah disediakan. Wanita ini mula-mula nak muntah dan ketika melakukan proses menyedut bisa, wanita ini merasakan kesakitan didadanya berpindah ke tekak dan seterusnya ke kepala.

Selesai terapi wanita ini dibekalkan dengan beras untuk diminum selama 41 hari berturut-turut.

Sunday, April 17, 2011

Rawatan Santau Angin

(sekadar gambar hiasan)

Bismilahirrohmanirrohim.

TERAS- Rasanya dah lama tak update blog ini. Bukan apa kekeringan idea. Kali ini saya nak cerita sedikit kisah rawatan. Semalam petang 17 Mac 2011, ada satu keluarga dari Kota Damansara seramai 5 orang datang ke rumah. Katanya mereka telah disantau angin sejak tahun 2006 lagi semasa di Pulau Pinang. Ramai dah perawat yang dia jumpa tetapi masalah yang dihadapai hanya bertahan selama seminggu sahaja dan penyakitnya akan kembali lagi.Setelah pesakit menceritakan masalahnya, maka sesi scanning dilakukan dan rawatan dijalankan.Pesakit telah didoakan dengan bacaan ayat suci dan doa sumpahan bagi bisa.
Bahan-bahan yang dibawa oleh keluarga En. S didoakan untuk pembersihan rumah( telur itik, kain putih,air kolah masjid) dan pembersihan energi yang tak elok pada pesakit dan keluarganya dan beberapa mandian yang perlu dilakukan oleh mereka sekeluarga (minyak wangi dan garan dan beberapa bahan lain).
Mudah-mudahan dengan ikhtiar ini segala masalahnya akan selesai selama0lamanya.