Monday, August 22, 2011

Rawatan 8 Ogos 2011


(Sekadar gambar hiasan)


Bismilahhirohmanirrohim


Terapi Alkautsar (TERAS) - Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk updated blog yang tak sempat dijenguk kerana kesibukan dunia. Pada tarikh itu dua orang wanita telah datang ke rumah meminta bantuan disebabkan adanya gangguan bisikan supaya terjun dari tingkap apartment yang dia duduk. Kadang-kadang bisikan suruh dia gantung diri di kipas dan bermacam lagi. Saya pun mendiagnos Puan SS dan dia merasakan ada gerakan di dalam tubuhnya. Bilamana saya sentuh tapak tangan ke kepalanya tiba-tiba terus Puan SS ini menangis teresak-esak. Rawatan dihentikan sementara bagi menstabilkan keadaan. Setelah reda rawatan disambung semula. Dalam tempoh zikir Puan SS merasakan tubuhnya terlalu sakit dan penat. Bila dah selesai Puan SS dibekalkan dangan minyak wangi untuk mandian.


Rakannya yang menemankan meminta memeriksa dirinya pula. Bila tapak tangan saya sentuhkan di kepalanya terus rakan Puan SS merasa kebas di pinggang dan kaki. Saya merasakan terdapat energi negatif di tubuhnya. Bila cungkil cerita barulah dia menceritakan perihal bapa saudaranya telah memberikan pendamping bagi melindunginya dari perkara yang tidak diingini. Saya minta rakan Puan SS datang selepas raya kerana malam pun dan semakin lewat.


Puan SS telah menghantar SMS kepada saya dalam tempoh seminggu mandian minyak wangi, dia ada bermimpi daun pokok berguguran jatuh ke tubuhnya dan dia juga nampak terdapat 2 orang lelaki berjubah putih datang menarik gangguan dari tubuhnya. Mudah-mudahan Allah membantu pesakit tersebut untuk sembuh sepenuhnya bagi masalah yang dia alami. Amen

No comments:

Post a Comment