Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts
Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts

Friday, July 22, 2016

Diari Rawatan 26 Julai 2016 - Masalah sakit lutut dan muka herot

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS - Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana muka terherot setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini. Dia juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama. Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya.

     Sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan senang saya panggil abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya  terherot. Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.

     Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Thursday, January 20, 2011

Rawatan Santau 20 Januari 2011

(SEKADAR GAMBAR HIASAN)




Bismillahirrohmanirrohim...

Terapi Al Kautsar - Malam tadi rumah saya di datangi seramai 6 orang wanita. Walaupun temujanji telah dibuat, ingatkan dua orang sahaja, yang lain datang nak tengok jer...

Puan H nie belajar dari universiti di Lembah Klang. Dia telah buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengatakan tiada apa-apa. Dia selalu rasa gatal di tangan dan kakinya. Rawatan dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci alquran sambil menyentuh kepalanya. Semasa bacaan tersebut dia mulai rasa pening-pening dan nak muntah, serta perutnya rasa mencucuk-cucuk. Rawatan dalam masa 20 minit.

Bila tamat rawatan, saya tanya padanya dia mungkin ada tanda-tanda terkena santau. Barulah dia cerita kisah dua tahun lepas terkena santau dan telah dirawat di Pulau Pinang. Saya beritahu padanya masih ada saki baki yang belum clear lagi. Puan H dibekalkan dengan minyak wangi dan air mineral untuk mandian selama 7 hari berturut.

Monday, December 27, 2010

Rawatan Pada 25 Disember 2010




Bismillahirrohmanirrohim...

Pada Asar Sabtu lepas, saya telah didatangi seorang wanita yang saya gelarkan Puan Z . Dia mengadu mengalami gangguan pada dirinya dan semakin sakit sejak kebelakangan ini. Bila sampai di rumah saya, sakitnya semakin menjadi-jadi sehinggakan tidak bolah berdiri langsung dan saya dia minta duduk di kerusi.

Saya minta dia memejamkan mata dan membaca selawat sebanyak mungkin. Proses mendiagnosis penyakit dilakukan bermula dari kepala hingga hujung kaki. Puan Z menyatakan semasa proses mendiagnos kakinya terasa sangat sejuk. Hmmm ada energi negatif pada kakinya .
Saya minta izin untuk menyentuh kepalanya sambil membaca ayat suci Al quran dan selawat-selawat serta zikir selama 20 minit. Selama proses tersebut pada mulanya tangan dan kaki Puan Z mulai bergetar serta jeritan semakin kuat. Goncangan kepala pun semakin menjadi-jadi. Cukup 20 minit rawatan dihentikan dan saya minta Puan Z membuka mata dan minum air yang telah saya doakan. Kemudian saya minta dia menyapukan minta wangi Al Kautsar ( buatan sendiri berdasarkan sebuah kitab lama) pada kaki yang sakit. Lepas lima minit tiba-tiba dia bangkit dari duduknya sambil kehairanan dan menyatakan sakit-sakit dikakinya terus hilang.

Seperti biasa saya minta Puan Z mandi minyak wangi dan garam selama 3 hari berturut. Alhamdulillah pesakit telah sembuh dan proses mandian sedang dilakukan bagi pembersihan dari saki baki energi negatif di tubuhnya

Monday, December 20, 2010

RAWATAN 23 JULAI 2010

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirohmanirrohim…

TERAS- Seorang kenalan saya dari Sabah, Encik S mahu berjumpa saya pada malam tersebut di Bukit Angkasa, Petaling Jaya. Penyakitnya adalah tidak boleh solat, bilamana bersolat seluruh tubuhnya akan sakit-sakit seperti dipukul dengan kayu yang besar. Saya pun bertolak dari Putrajaya ke Bukit Angkasa dan sampai jam 8 malam. Semasa solat jemaah bersama-sama dia merasakan seperti dipukul dengan kayu yang kuat.Selepas solat Maghrib kami pun berborak-borak , tengah-tengah borak tiba-tiba dia dah transforms jadi lain. Nama dia pun dah tukar jadi Rukail. Umurnya 13000 tahun dan asal dari Mesir. Saya pun sakatlah Rukail nie sampai dia pun mati akal dengan saya. Saya ajak dia masuk Islam, dia tak mahu. Suruh keluar dari badan kenalan saya, dia tak nak. Yang bestnya dia tak boleh tengok saya sebab dia kata dia nampak cahaya kuning keemasan di sekitar tubuh saya. ( entah yer entah tak). Dia pun membebel dan dia pun hairan mana bola-bola api dan geng-geng yang tuan dia hantar tak sampai. Bila saya sentuh perut dia terus perut dia rasa memulas. Lepas tu saya saya pegang belakang badan dia dan pada masa tu dia mula meronta-tonta. Penyaluran energi-energi penyembuhan dialirkan dan tepukan di seluruh badan meyebabkan En S muntah mengeluarkan lendir hitam dipercayai sihir ilmu hitam menggunakan kayu nisan kubur. Semasa rawatan dijalankan keluarganya di Sabah pun menerima tempias seperti sakit kaki, pening kepala pada masa yang sama. Kaedah memanggil semua gangguan dilakukan dan bilamana semua gangguan telah berada di depan maka kaedah penguncian dan buangan dilakukan ke laut. Bagi pesakit pula kaedah pemutusan energi dilakukan. Setelah selesai saya minta pesakit terus mandi garam dan minyak wangi. Dia merasakan segar dan lebih ringan.

Lepas mandian kami solat isyak berjemaah dan seterusnya makan malam jam 12 tengah malam. Lepas makan kami lepak kejap di rumahnya dan dia transform lagi. Kali ni jin Nomi pulak muncul. Saya pegang point tangan dia dan terus zikir ALLAH dan hembus ke tubuh pesakit. Gangguan mengalah dan terus nak keluar dari tubuhnya. Perjanjian dibuat dan penghantaran gangguan kembali ke Sulawesi dijalankan. Pesakit sedar seketika kemudian.

Saya minta pesakit teruskan mandian garam dan minyak wangi selama 7 hari berturut-turut.