Showing posts with label ruqyah. Show all posts
Showing posts with label ruqyah. Show all posts

Monday, November 2, 2020

Kisah Rawatan 29 Oktober 2020- Bertempur dengan ular, jembalang tanah, jin lintah dan ifrit

 


Bismillahirrohmanirrohim- Terapi Alkautsar. Baru baru ini semasa cuti Maulidul Rasul yang jatuh pada khamis lepas jam 8.30 pagi pintu rumah saya diketuk. Biasanya kalau bukan urusan penting jarang pintu rumah diketuk pada waktu pagi. Bila dibuka kelihatan seorang perempuan dalam usia 60 tahun meminta bantuan untuk rawatan jirannya yang sakit diseluruh tubuh dan tidak boleh bergerak sejak tiga hari lepas.

Jam 11 pagi saya ke rumahnya dan kelihatan seorang perempuan tengah menahan kesakitan yang amat snagat, katanya sakit beranak tak macam ini. Saya mulakan terapi dengan bacaan ruqyah. Selesai bacaan sakitnya hilang selang seminit sakitnya datang kembali. Saya gunakan kaedah kaedah kedua dengan meraga sukma. Alhamdulillah nampak laluan dibuka dan kelihatanlah wanita ini di tubuhnya terdapat banyak paku, buluh, tali, ular di tubuhnya. Pembersihan dilakukan dan saya bekalkan dengan pedang ghaib yang saya miliki iaitu Pedang Naga Puspa. Seterusnya wanita itu melakukan pembersihan rumah. Kelihatan 5 ekor jembalang tanah dibiliknya, dan di luar rumah pula terdapat jin ifrit. Alhamdulillah dapat dibersihkan. 

Seterusnya suaminya mengadu ada masalah burung yang tak boleh naik sewaktu bersama. setelah diselidiki terdapat 3 ekor jin lintah yang menghisap darah di kemaluannya. Anak-anaknya dipanggil dan pembersihan dilakukan sehingga semuanya tiada gangguan lagi.

Wanita itu saya minta untuk buat mandian menggunakan Minyak Alkautsar selama 7 hari dan meminta paku untuk pagar rumah.

Friday, July 22, 2016

Diari Rawatan 26 Julai 2016 - Masalah sakit lutut dan muka herot

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS - Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana muka terherot setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini. Dia juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama. Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya.

     Sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan senang saya panggil abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya  terherot. Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.

     Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Tuesday, June 19, 2012

Diari rawatan 4 Jun 2012 - Gangguan Sihir


Bismilahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

 (sekadar hiasan)

Alhamdulillah segala puji dan syukur atas segala nikmat  yang telah diberikan.

Seorang wanita yang sedang mengambil PhD telah datang ke rumah bersama suaminya dan anak-anak untuk meminta bantuan rawatan berkenaan masalah dirinya yang katanya mengalami gangguan sejak 9 tahun yang lalu. Masa tu keadaan saya kurang sihat kerana penyakit 'chicken pox' cuma dah hujung-hujung nak sembuh. Setelah mendengar kisah yang diceritakan maka rawatan dimulakan. Pesakit diminta memejamkan mata untuk berzikir. Semasa zikir dilihat pesakit mempunyai potensi untuk meraga sukma. Segala apa yang dia nampak dia ceritakan pada saya. Saya pandunya untuk cari punca penyakitnya. Semasa berjalan dalam terowong masa pesakit ternampak di depannya ada sebuah peti dan bila dibuka ada sebilah pedang dan sebuah mahkota dan pesakit memakainya. 

Dalam perjalanan tersebut di sampai ke tepi pantai dan nampak ada sampan. Bila naik dalam sampan dan berkayuh pesakit sampai di tanah Jawa dan bertemu dengan seseorang yang bernama Hasan. saya minta Hasan menemankan pesakit. Mula-mula pesakit pergi ke rumah ibunya. Kelihatan rumah tersebut terlampau banyak entiti yang tidak dijemput. Proses pebersihan dilakukan. Setelah selesai pergi pula ke rumah sewanya di Kajang. Proses pembersihan juga dilakukan di rumahnya. setelah selesai saya minta pesakit lihat dalam dirinya pula. Terdapat banyak serbuh di dadanya dan di kaki. Pembersihan dilakukan. Saya meminta dia melihat suaminya pula. Bila dia lihat dia nampak banyak ulat-ulat  di dada suaminya. 

Pembersihan dilakukan dan ditangguhkan kerana pesakit merasa letih dan tak larat untuk melakukan meraga sukma. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk minum dan mandian. Pesakit bercadang untuk terapi lagi. Cuma minggu ini akan ke Melaka untuk rawatan pesakit yang mengidap  gila selama 15 tahun.

Monday, November 7, 2011

Diari Rawatan 7 November 2011





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menjengah blog yang dah lama tak diupdatekan.

Semalam sekitar jam 6 petang, sewaktu berehat di rumah saya dikejutkan dengan salam dari luar rumah. Bila di tanya rupanya ada pesakit kerasukan di taman saya. Dia cuba menelefon saya beberapa kali tapi tak dapat dihubungi disebabkan handphone saya tengah direpair di WARTA Bangi, ada sedikit masalah.

Sampai di rumahnya saya lihat seorang remaja perempuan berumur 11 tahun sedang meracau-racau. Bacaan ruqyah dibacakan ke atasnya cuma dia merasa panas dan mengikuti ayat-ayat yang saya. Khabarnya dah pergi ke beberapa pusat rawatan Islam. Saya cuba kaedah lain. Dia mula beri respon. Akhirnya remaja ini dimandikan dengan minyak wangi dan beberapa bahan lain. Terdengar hilaian dan jeritan dalam bilik mandi. Selepas itu keadaan mula reda. Lepas maghrib saya datang lagi untuk rawatan ayahnya yang menghidap penyakit kayap. Sambil tu cuba tengok balik masalah remaja tersebut. Remaja tu transform balik dengan tindakan lebih agresif. Lepas isyak rawatan disambung kembali. Kali ini jemaah surau pula datang. Dah jadi ramai pula. Akhirnya pemutusan energi dilakukan dan pesakit terus tumbang tidak sedarkan diri. Agak lama juga.

Sambil menunggu dia sedar, sesi pembersihan dan pemagaran rumah dilakukan. Mudah-mudahan segala-segalanya selesai dengan izin Allah.