Wednesday, May 11, 2011

Keajaiban kata-kata



PERNAHKAH kita mendengar ungkapan ini, ‘kata-kata adalah doa.’ Setiap apa yang kita tuturkan memberi kesan pada diri kita. Perkataan positif dapat menjana kesihatan minda dan spiritual, selain menjadikan kita terus bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian. Kenyataan ini disokong pakar komunikasi dengan mengatakan perkataan mempunyai kuasa ajaib yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang .

Malah, melalui perkataan yang kita ucapkan ia akan menjadi satu kenyataan dan membentuk kehidupan kita berdasarkan pemikiran kita. Maka tidak hairanlah mengapa sejak kecil lagi kita dididik oleh ibu bapa kita untuk bercakap perkara yang baik dan menghindari perkataan buruk dan keji. Bukan setakat itu saja, kita juga disuruh berlemah lembut dalam setiap pertuturan dan perbuatan serta sentiasa menjaga hati orang lain dalam hubungan sosial.

Masyarakat Melayu zaman dulu berpandukan adab dan nilai murni sebagai garis panduan kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup. Sejak dulu kita diajar untuk berkomunikasi secara berhemah dan tidak menyinggung perasaan orang lain dalam pertuturan seharian kita. Sikap seumpama ini ditekankan lagi dalam banyak pepatah dan bidalan yang berkait rapat dengan bercakap baik dan berhemah.

Umpamanya orang-orang tua selalu berpesan ‘jika bercakap biar berlapik’ jangan menyakitkan hati orang. ‘Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.’ Keterlanjuran perkataan memberi kesan kepada pendengarnya dan amat bersesuaian dengan pepatah ‘terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.’ Pepatah paling popular, ‘sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.’


Menurut sejarah, zaman kegemilangan tamadun Melayu banyak bergantung kepada nilai murni yang diamalkan pada zaman itu. Namun, apabila zaman beredar dan media baru mempengaruhi kehidupan masyarakat, cara berkomunikasi dan cara hidup juga turut berubah. Nilai murni serta budi bahasa turut mengalami kelunturan dan terancam.


Alasan dan pendapat masa kini mengatakan kita harus berubah sejajar peredaran masa dan teknologi. Perkataan dan cara berkomunikasi menjadi semakin ringkas dan adakalanya membawa maksud dan persepsi berbeza mengikut peringkat umur.

Menurut Zamri Mohamad, seorang perunding bebas dan penulis buku, perkataan mempunyai nilai kuasa tersendiri. Apabila kita mengetahui nilai kuasa tersebut, kita perlu lebih berhati-hati dan bertindak bijak untuk menyebut serta memilih perkataan yang memberi kesan baik kepada diri.

Beliau juga berkata, perkataan yang keluar daripada mulut amat berpengaruh dalam kehidupan. Selain itu menurutnya, perkataan boleh mengubah emosi dan membuat manusia bertindak serta menggambarkan budaya hidup.

Dalam kaitan yang sama apabila perkataan boleh mengubah emosi, kita mengambil contoh perkataan kurang baik dan menjatuhkan maruah seseorang. Secara tidak langsung perkataan seumpama itu akan menyebabkan individu berkenaan bukan saja rasa sedih dan malu malah menyebabkan kehidupan tertekan dan tidak bermotivasi.

Tidak salah jika ingin membetulkan kesilapan seseorang melalui percakapan dan nasihat yang baik serta bahasa lemah lembut yang boleh menaikkan semangat mereka yang mendengarnya.

Nabi juga pernah berpesan dan mengajar kita menggunakan perkataan yang baik-baik kerana ia dapat menghubungkan rasa kasih sayang dan memotivasikan seseorang bagi menuju kejayaan dunia dan akhirat. Dalam kaitan yang sama, sarjana komunikasi sendiri menggariskan antara ciri-ciri komunikasi berhemah ialah bercakap dengan lemah lembut serta menjadi pendengar yang baik. Ini bertujuan menjayakan komunikasi dua hala selain menjalin keharmonian dalam interaksi.

Perkataan tidak manis didengar dan adakalanya menyakitkan hati menyebabkan manusia boleh bertindak di luar jangkaan. Perasaan marah dan sakit hati akibat perkataan menghina dan caci maki menyebabkan pergaduhan berlaku dan ada kalanya melibatkan nyawa dan kerosakan. Mungkin kita banyak membaca laporan di akhbar mengenai isu seumpama itu yang menyebabkan pergaduhan dan permusuhan kerana emosi kemarahan yang tidak dapat dikawal.

Bercakap kurang sopan juga melambangkan sikap dan budaya serta cara hidup seseorang yang dipenuhi dengan unsur negatif. Umpamanya, individu yang selalu cepat marah tidak kira dalam apa juga situasi dan kerap memaki hamun tidak tentu pasal secara tidak langsung melambangkan peribadi kurang elok individu berkenaan.

Kita mungkin pernah berhadapan dengan rakan pejabat, rakan sebaya atau mereka yang berurusan dengan kita yang sentiasa mengeluarkan perkataan tidak sopan dan mudah memaki hamun serta menghina orang lain.

Aura negatif individu seumpama ini akan menyebabkan hidup kita juga tertekan dan tidak tenang untuk berurusan dan berinteraksi. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini sebenarnya mempunyai rasa tidak puas hati dengan diri mereka sendiri dan mengalami harga diri yang rendah.

Sehubungan itu, pakar psikologi mengatakan individu yang berjaya adalah mereka yang mempunyai harga diri tinggi dan berfikiran positif manakala, individu yang gagal mempunyai harga diri rendah serta sentiasa berfikiran negatif.

Mereka yang mempunyai harga diri tinggi bercakap dengan berhemah, bahasa yang mereka gunakan baik, lebih lancar, tersusun, lemah lembut dan tata bahasanya betul. Mereka menggunakan kata-kata jenis positif. Mereka juga menunjukkan komitmen kepada apa yang mereka ucapkan, iaitu mereka menepati janji dan menunaikan kata-kata mereka. Bagaimanapun, mereka yang punyai harga diri rendah adalah sebaliknya.

Ironinya, kata-kata yang baik dan lembut pertuturannya membuatkan kita rasa seronok mendengar dan menghayatinya, sebaliknya kata-kata negatif, kasar dan penghinaan membuatkan kita rasa murung dan tidak bermotivasi. Justeru, walaupun zaman beredar tidak rugi jika kita mempraktikkan cara berbahasa dan bercakap dengan baik kepada semua golongan dan peringkat masyarakat.

Di rumah umpamanya, amalkan cara berkomunikasi yang lembut dan baik dengan seluruh ahli keluarga kerana ibu bapa contoh terbaik kepada anak-anak. ‘Bagaimana kuih begitulah acuannya’ perlakuan ibu bapa menjadi contoh terbaik kepada anak-anak.

Di sekolah dan di pusat pengajian tinggi pula, guru dan pendidik harus mengamalkannya supaya budaya murni ini dicontohi pelajar. Adakalanya guru dan pendidik menyuruh pelajar mengamalkan sikap baik tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkannya. ‘Sikap kepemimpinan melalui teladan’ pendidik akan membuatkan pelajar lebih menghormati mereka.

Begitu juga di pejabat, jika menjadi ketua pejabat, komunikasi yang baik dan berhemah menjalin kesejahteraan antara ketua dengan kakitangan serta antara kakitangan dan kakitangan yang lain. Sikap sombong dan tidak mesra seorang ketua pejabat akan menyebabkan produktiviti kakitangan menjadi rendah serta tidak bermotivasi.

Seterusnya sebagai orang awam interaksi yang baik dengan masyarakat umum secara tidak langsung menunjukkan peribadi mulia anda. Mengamalkan cara berkomunikasi yang baik dan lemah lembut sebenarnya boleh mengubah seseorang serta menjaga keharmonian persahabatan seterusnya membina kesejahteraan hidup.

Akhir sekali sifat terpuji yang amat disukai Allah dalam diri seseorang Muslim ialah sifat lemah lembut. Oleh sebab itu, Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Allah itu bersifat lemah lembut dan amat menyukai sifat lemah lembut dalam setiap urusan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Oleh Hariyati Ariffin
Pensyarah Uitm, Shah Alam

Sunday, May 1, 2011

RAWATAN SIHIR

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS- Pagi tadi 2 Mei 2011, saya telah pergi ke rumah satu makcik di Kajang. Setelah alamat diberi dan dengan menggunakan GPS alhamdulillah dapat sampai tanpa sesat. Mulanya anak perempuan dia saya gelar AN telah kerasukan pada malam Jumaat lepas dan telah menelefon Ustaz Rosdi (AKRINE Putrajaya) bagi membantu mengeluarkan gangguan tersebut.
Sampai sahaja di rumahnya saya terasa aura negatif semasa di ruang tamu. Buat tak tahu jerlah.
Selepas berborak dengan ayah pesakit barulah tahu dah sepuluh tahun mengalami sakit tersebut dan dah berjumpa ramai perawat serta pakar perubatan di hospital swasta mengenai penyakit anaknya. Saya minta ayah AN tadi menyediakan beberapa bahan yang diperlukan.

Selepas dijamu oleh tuan rumah untuk bersarapan sesi rawatan mula dilakukan. Sesi scanning di buat untuk mengetahui lokasi penyakit yang dihidapi. dia merasakan sakit di dada kirinya, dan mecucuk di kaki sampai lutut. Saya minta AN pejam mata dan zikir. Bila dia pejam mata maka saya minta dia pergi cari punca penyakitnya. Tiba-tiba dia nampak satu tokong besar dan saya minta dia masuk ke dalam tokong tersebut. Bila nak masuk dia nampak ramai pengawal yang mengawal tokong tersebut dan tidak memberikan keizinan untuk masuk. Saya niatkan untuk tangkap pengawal-pengawal tersebut dan buang ke laut. Saya minta dia tengok sekali lagi. Dia kata pengawal-pengawal tersebut telah tiada . Seterusnya saya minta AN untuk masuk kedalam dan dia lihat satu peti. Bila nak buka tak boleh, katanya peti tersebut berkunci. Saya doa pada Allah untuk buka peti tu. Alhamdulillah peti tersebut terbuka dan dilihat banyak patung-patung di dalam peti tersebut. Lepas tu saya minta pula AN untuk cari patung dia dan dia kata dapat. Dia cakap lagi terlampau banyak jarum dan tali yang mengikat patung dia. Seterusnya saya beri dia bekas untuk dia isikan jarum-jarum dalam bekas tersebut. hampir 20 minit AN cabut jarum-jarum tu. Dia cakap dah penat. Saya pun doa untuk mencabut semua jarum-jarum tu dan masukkan ke dalam bekas yang telah disediakan dan buang ke laut.Selepas selesai proses mencabut jarum yang dicucuk pada patung tersebut, sesi menggunting tali-tali yang mengikat patung tu dibuat. AN cakap macamana nak potong tak der gunting, Saya doa pada Allah supaya dapat gunting dan AN cakap gunting dah di tapak tangannya dan dia pun menggunting tali-tali tersebut. Selepa selesai, saya minta dia angkat peti tersebut dan dibawa ke dalam hutan dan bakar peti tersebut.

Selepas tu saya minta dia periksa rumah pula, AN cakap ada dua ribu ekor jin dirumahnya, duduk di kipas, aircond, tepi langsir, pintu pagar dalam stor, bumbung dan macam-macam tempat lagi. Saya minta AN suruh mereka ini semua berkumpul di ruang tamu. Kesemua mereka berlari-lari ke ruang tamu. Ada yang jatuh sampaikan AN ketawa berdekah-dekah melihat situasi itu. Lepas tu saya minta ketua dia datang mengahadap saya. Saya tanya pada ketua mereka adakah kamu nak masuk Islam, mereka cakap ya kesemuanya. Saya minta mereka semua mengucap dan semua mengucap kalimah syahadah. Setelah mengucap syahadah saya hantar mereka ke Mekah dan minta ketua mereka berjumpa ketua jin di mekah untuk mempelajari Islam.

Saya minta AN pula tengok tubuhnya dia kata ada paku di kakinya, cangkuk di betis kanan, serbuk perak di lututnya dan tali hitam di dadanya. Setelah semuanya dibakar AN merasakan kakinya kebas. Lepas tu dia merasakan tubuhnya amat ringan sekali.

AN dibekalkan minyak wangi, kunyit, garam dan kapur untuk rawatan pemulihan. Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan total pada AN. Amin.

Friday, April 29, 2011

RAWATAN BEKAM 27 April 2011


Bismillahirrohmanirrohim...


Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menulis sedikit catatan di dalam blog ini. Rabu lepas ada satu pakcik tu becerita di surau mengenai masalah kesihatannya. Katanya dah pergi berurut banyak kali tapi masih terasa sakit dan sengal di sendi-sendi kaki kirinya. Saya cadangkan supaya dia berbekam bagi membuang toksik di kakinya kerana kata saya bila berurut toksik tu tak keluar. Salah satu cara untuk membuang toksik ialah dengan berbekam. Maka lepas isyak pakcik ni datang kerumah untuk berbekam. Tujuh point bekam telah dilakukan dan alhamdulillah keesokan paginya dia kata biasanya dia sakit ketika memandu dan selepas berbekam dengan izin Allah sakitnya telah hilang.

Sunday, April 17, 2011

Rawatan Santau Angin

(sekadar gambar hiasan)

Bismilahirrohmanirrohim.

TERAS- Rasanya dah lama tak update blog ini. Bukan apa kekeringan idea. Kali ini saya nak cerita sedikit kisah rawatan. Semalam petang 17 Mac 2011, ada satu keluarga dari Kota Damansara seramai 5 orang datang ke rumah. Katanya mereka telah disantau angin sejak tahun 2006 lagi semasa di Pulau Pinang. Ramai dah perawat yang dia jumpa tetapi masalah yang dihadapai hanya bertahan selama seminggu sahaja dan penyakitnya akan kembali lagi.Setelah pesakit menceritakan masalahnya, maka sesi scanning dilakukan dan rawatan dijalankan.Pesakit telah didoakan dengan bacaan ayat suci dan doa sumpahan bagi bisa.
Bahan-bahan yang dibawa oleh keluarga En. S didoakan untuk pembersihan rumah( telur itik, kain putih,air kolah masjid) dan pembersihan energi yang tak elok pada pesakit dan keluarganya dan beberapa mandian yang perlu dilakukan oleh mereka sekeluarga (minyak wangi dan garan dan beberapa bahan lain).
Mudah-mudahan dengan ikhtiar ini segala masalahnya akan selesai selama0lamanya.

Tuesday, February 22, 2011

Bekam pada 19 Februari 2011

Bismillahirrohmanirrohim




Pada 19 Februari 2011 lalu, dapatlah membekam 4 orang di rumah. Tengok waktu bulan Islam
17 hb dan amat sesuai untuk berbekam. Lepas isyak ritual bekam dilakukan. Dah lama saya tak membekan orang kira-kira hampir 2 tahun. Kotak pun dah berhabuk.
Alhamdulillah masih berkeadaan baik alat-alat tersebut.

Dulu saya amat takut untuk berbekam sebab proses mengeluarkan darah menggunakan pisau cukur, akan tetapi sekarang ini telah menggunakan lancet dan kurang berasa sakit.Ritual tamat jam 11.30 malam sambil menonton perlawanan bola sepak Chelsea lawan satu pasukan bola sepak.

Sunday, February 20, 2011

Doa mendapatkan zuriat



Dikatakan doa Nabi Zakaria ialah ayat yang terkandung dalam A-Quran surah Al-Anbiya ayat 89:

21:89
Yang bermaksud: " Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku sendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik".

Doa ini boleh diamalkan jika anda berkeinginan untuk mendapatkan zuriat. Semoga Allah memakbulkan. Doa ini dibaca selepas selesai solat dengan penuh kesungguhan.

dan boleh ditambah dengan doa Nabi Khidir dan Nabi Ilyas yang berikut:

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Ertinya:

Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, tidak ada yang boleh menolak kejahatan kecuali Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah, setiap nikmat itu adalah dari Allah. Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki oleh Allah dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali bagi Allah.

Ibnu Abbas berkata: sesiapa yang membaca doa di atas ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali maka Allah memberikan keselamatan kepadanya dari tenggelam, kebakaran, kecurian, syaitan, pemerintah yang zalim, ular dan kala jengking (binatang bisa dan buas). Dari kitab Tanwirul Qulub, Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi. Wasallam

Sunday, February 13, 2011

Rawatan pada 10 Januari 2011

Bismillahirrohamnirrohim (Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Alhamdulillah, seramai 4 orang sekeluarga telah menunggu di rumahnya untuk rawatan. Lokasi adalah di Putrajaya. Pesakit dapat nombor saya daripada Muallij Rosdi. Rawatan dilakukan jam 6.00 petang selepas balik dari kerja. Pesakit mengalami gangguan sakit belakang dan sejuk diperut terutamanya waktu asar ke atas. Isteri pesakit pula mengalami gangguan sukar untuk berjalan dan kaki serta tangan selalu kebas.
Rawatan dilakukan secara serentak untuk 4 pesakit tersebut. Bacaan ayat suci Al quran dibaca dan pesakit mengalami ada sesuatu yang bergerak di dalam tubuhnya. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk mandian selama 7 hari berturut.