Showing posts with label pembersihan rumah. Show all posts
Showing posts with label pembersihan rumah. Show all posts

Monday, November 2, 2020

Kisah Rawatan 29 Oktober 2020- Bertempur dengan ular, jembalang tanah, jin lintah dan ifrit

 


Bismillahirrohmanirrohim- Terapi Alkautsar. Baru baru ini semasa cuti Maulidul Rasul yang jatuh pada khamis lepas jam 8.30 pagi pintu rumah saya diketuk. Biasanya kalau bukan urusan penting jarang pintu rumah diketuk pada waktu pagi. Bila dibuka kelihatan seorang perempuan dalam usia 60 tahun meminta bantuan untuk rawatan jirannya yang sakit diseluruh tubuh dan tidak boleh bergerak sejak tiga hari lepas.

Jam 11 pagi saya ke rumahnya dan kelihatan seorang perempuan tengah menahan kesakitan yang amat snagat, katanya sakit beranak tak macam ini. Saya mulakan terapi dengan bacaan ruqyah. Selesai bacaan sakitnya hilang selang seminit sakitnya datang kembali. Saya gunakan kaedah kaedah kedua dengan meraga sukma. Alhamdulillah nampak laluan dibuka dan kelihatanlah wanita ini di tubuhnya terdapat banyak paku, buluh, tali, ular di tubuhnya. Pembersihan dilakukan dan saya bekalkan dengan pedang ghaib yang saya miliki iaitu Pedang Naga Puspa. Seterusnya wanita itu melakukan pembersihan rumah. Kelihatan 5 ekor jembalang tanah dibiliknya, dan di luar rumah pula terdapat jin ifrit. Alhamdulillah dapat dibersihkan. 

Seterusnya suaminya mengadu ada masalah burung yang tak boleh naik sewaktu bersama. setelah diselidiki terdapat 3 ekor jin lintah yang menghisap darah di kemaluannya. Anak-anaknya dipanggil dan pembersihan dilakukan sehingga semuanya tiada gangguan lagi.

Wanita itu saya minta untuk buat mandian menggunakan Minyak Alkautsar selama 7 hari dan meminta paku untuk pagar rumah.

Tuesday, June 19, 2012

Diari rawatan 4 Jun 2012 - Gangguan Sihir


Bismilahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

 (sekadar hiasan)

Alhamdulillah segala puji dan syukur atas segala nikmat  yang telah diberikan.

Seorang wanita yang sedang mengambil PhD telah datang ke rumah bersama suaminya dan anak-anak untuk meminta bantuan rawatan berkenaan masalah dirinya yang katanya mengalami gangguan sejak 9 tahun yang lalu. Masa tu keadaan saya kurang sihat kerana penyakit 'chicken pox' cuma dah hujung-hujung nak sembuh. Setelah mendengar kisah yang diceritakan maka rawatan dimulakan. Pesakit diminta memejamkan mata untuk berzikir. Semasa zikir dilihat pesakit mempunyai potensi untuk meraga sukma. Segala apa yang dia nampak dia ceritakan pada saya. Saya pandunya untuk cari punca penyakitnya. Semasa berjalan dalam terowong masa pesakit ternampak di depannya ada sebuah peti dan bila dibuka ada sebilah pedang dan sebuah mahkota dan pesakit memakainya. 

Dalam perjalanan tersebut di sampai ke tepi pantai dan nampak ada sampan. Bila naik dalam sampan dan berkayuh pesakit sampai di tanah Jawa dan bertemu dengan seseorang yang bernama Hasan. saya minta Hasan menemankan pesakit. Mula-mula pesakit pergi ke rumah ibunya. Kelihatan rumah tersebut terlampau banyak entiti yang tidak dijemput. Proses pebersihan dilakukan. Setelah selesai pergi pula ke rumah sewanya di Kajang. Proses pembersihan juga dilakukan di rumahnya. setelah selesai saya minta pesakit lihat dalam dirinya pula. Terdapat banyak serbuh di dadanya dan di kaki. Pembersihan dilakukan. Saya meminta dia melihat suaminya pula. Bila dia lihat dia nampak banyak ulat-ulat  di dada suaminya. 

Pembersihan dilakukan dan ditangguhkan kerana pesakit merasa letih dan tak larat untuk melakukan meraga sukma. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk minum dan mandian. Pesakit bercadang untuk terapi lagi. Cuma minggu ini akan ke Melaka untuk rawatan pesakit yang mengidap  gila selama 15 tahun.

Sunday, February 13, 2011

Rawatan pada 10 Januari 2011

Bismillahirrohamnirrohim (Dengan nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Alhamdulillah, seramai 4 orang sekeluarga telah menunggu di rumahnya untuk rawatan. Lokasi adalah di Putrajaya. Pesakit dapat nombor saya daripada Muallij Rosdi. Rawatan dilakukan jam 6.00 petang selepas balik dari kerja. Pesakit mengalami gangguan sakit belakang dan sejuk diperut terutamanya waktu asar ke atas. Isteri pesakit pula mengalami gangguan sukar untuk berjalan dan kaki serta tangan selalu kebas.
Rawatan dilakukan secara serentak untuk 4 pesakit tersebut. Bacaan ayat suci Al quran dibaca dan pesakit mengalami ada sesuatu yang bergerak di dalam tubuhnya. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk mandian selama 7 hari berturut.

Wednesday, December 22, 2010

Rawatan,Pembersihan Rumah & Kedai Pada 28 Jun 2010

Bismillahirohmanirrohim

Alhamdulillah baru lega dari kesibukan sebagai AJK bagi program surau di tempat saya sempena majlis isra’ dan mikraj, Program Juara Rakyat serta tugas-tugas seharian.

Untuk kali ini kisah rawatan adalah rentetan dari kisah rawatan yg dilakukan ke atas cikgu yang mengajar di Mukah tempohari.

Pda 28 Jun, suaminya Encik G menelefon saya menyatakan masih ada gangguan di rumahnya walaupun pembersihan telah dijalankan. Jadi saya tanya pada dia rumah dia di mana dan dia kata rumahnya di Bagan Serai, Perak. Pagi tu saya dalam perjalanan ke Taiping bagi menjalankan kerja-kerja audit. Saya cakap dengan dia kita jumpa malam ni. Pada mulanya dia terkejut tapi saya maklumkan saya memang ada kerja pada hari tu di Taiping. Jadi pada malamnya rawatan dilakukan di rumah Encik G.

Mula-mula rawatan dilakukan pada emak Encik G yang mengalami sakit -sakit sendi yang dah lama. Rawatan dilakukan dan meminta ibunya mandia dengan minyak wangi dan garam selama 7 hari. Selepas itu pada isterinya bertugas sebagai guru di Mukah yang masih bercuti. Rawatan dijalankan dan nampak ada perubahan pada isterinya dimana tiada sendawa lagi semasa sesi rawatan dijalankan. isterinya pun saya minta mandi dengan garam dan minyakl wangi selama 7 hari.

Lepas tu rawatan pada Encik G. Bila saya letak tangan saya pada dadanya terus dia merasakan ada benda bergerak-gerak dari lutut terus ke kawasan belakang badannya. Semasa bacaan ayat ruqyah terasa dada dia kesakitan dan sukar untuk bernafas. Rawatan dijalankan sehingga bacaan ruqyah habis. Rawatan diakhiri dengan mandian garam dan minyak wangi.

Sesi pemagaran dimulakan bagi rumah dia dan kedai menggunakan medium air kolah masjid dan kain putih. dan dibiarkan selama 7 hari. Saya balik dan tidur di hotel jam 2 pagi.

2 hari lepas dia beritahu masih ada lagi gangguan di rumahnya walaupun pembersihan dan pemagaran telah dibuat seperti yang diterangkan pada malam tu. maka saya pun berdoa mohon pada Allah supaya dapat puncanya. Saya pun minta dia jangan menyembunyikan apa-apa dengan saya tentang amalan atau perkara-perkara lain. Pada mulanya dia tak mengaku jadi saya pun cakap kalau tak mengaku tak selesailah masalah.

Malam tadi dia telefon balik dulu dia sekeluarga ada saka dan banyak barang seperti keris, parang yg digunakan pada 13 Mei dan beberapa barang yang lain telah dimusnahkan dan mereka sekeluarga telah menjalani rawatan untuk buang saka. saya cakap pada Encik G masih ada lagi barang yang belum dibersihkan lagi dalam rumah Encik G. Dia pun geledah lagi dan jumpa barang seperti selendang merah, tombak dan beberapa barang lain yang disyaki. Saya minta dia rendam dengan air garam yang telah di doakan selama semalaman. Sebenarnya masih ada lagi barang-barang yang ditanam di bawah rumahnya tetapi telah disimen dibuat lantai. Saya cakap padanya supaya selesaikan masalah barang-barang pusaka dia dulu dan kita tengok macamana.

Alhamdulillah berjaya juga dapat selesaikan masalah En G. Saya dapat ilham semasa lepas solat Jumaat semasa tengah berzikir minta petunjuk maka Allah beri ilham untuk selesaikan masalah tersebut..