Friday, May 27, 2011

Rawatan Pada 21 Mei 2011

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


TERAS - Alhamdulillah baru balik dari tugasan kerja di Pulau Pinang dan Pahang selama dua minggu. Dalam kesibukan program belia di kawasan saya, sempat juga membantu seorang sahabat yang mengalami masalah gangguan pada pagi sabtu lepas. Dia beritahu ketika sampai di luar rumah saya dadanya sudah mulai sakit. Setelah bercerita serba sedikit mengenai masalah gangguan yang dialami, saya minta pesakit duduk di kerusi dan rawatan dimulakan. Bila letak tangan dikepalanya, dia mulai sendawa dan dah nampak simptom mahu muntah. Saya masuk ke dapur untuk ambil mangkuk sekiranya pesakit muntah. Dalam proses rawatan selama 30 minit, pesakit merasai tubuhnya seperti berombak-ombak dan di beberapa bahagian tubuhnya terasa mencucuk. Dalam tempoh itu juga, pesakit merasai banyak benda yang keluar dari tubuhnya. Lepas habis rawatan pesakit dibekalkan denga garam dan minyak wangi untuk mandian dan beberapa amalan pagar diri. Dalam tempoh mandian tersebut, pada hari pertama hingga ketiga selepas mandi, pesakit muntah-muntah dan pesakit pernah bermimpi untuk ambil bayi tetapi ada suatu suara berkata supaya jangan mengambilnya.
InsyaAllah rawatan susulan bagi pesakit akan diadakan pada Isnin ini.

2 comments:

  1. alhamdulillah....nanti nak berguru dengan pak ustaz yer...ikhlas dr anak ustaz...

    ReplyDelete