Sunday, May 1, 2011

RAWATAN SIHIR

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS- Pagi tadi 2 Mei 2011, saya telah pergi ke rumah satu makcik di Kajang. Setelah alamat diberi dan dengan menggunakan GPS alhamdulillah dapat sampai tanpa sesat. Mulanya anak perempuan dia saya gelar AN telah kerasukan pada malam Jumaat lepas dan telah menelefon Ustaz Rosdi (AKRINE Putrajaya) bagi membantu mengeluarkan gangguan tersebut.
Sampai sahaja di rumahnya saya terasa aura negatif semasa di ruang tamu. Buat tak tahu jerlah.
Selepas berborak dengan ayah pesakit barulah tahu dah sepuluh tahun mengalami sakit tersebut dan dah berjumpa ramai perawat serta pakar perubatan di hospital swasta mengenai penyakit anaknya. Saya minta ayah AN tadi menyediakan beberapa bahan yang diperlukan.

Selepas dijamu oleh tuan rumah untuk bersarapan sesi rawatan mula dilakukan. Sesi scanning di buat untuk mengetahui lokasi penyakit yang dihidapi. dia merasakan sakit di dada kirinya, dan mecucuk di kaki sampai lutut. Saya minta AN pejam mata dan zikir. Bila dia pejam mata maka saya minta dia pergi cari punca penyakitnya. Tiba-tiba dia nampak satu tokong besar dan saya minta dia masuk ke dalam tokong tersebut. Bila nak masuk dia nampak ramai pengawal yang mengawal tokong tersebut dan tidak memberikan keizinan untuk masuk. Saya niatkan untuk tangkap pengawal-pengawal tersebut dan buang ke laut. Saya minta dia tengok sekali lagi. Dia kata pengawal-pengawal tersebut telah tiada . Seterusnya saya minta AN untuk masuk kedalam dan dia lihat satu peti. Bila nak buka tak boleh, katanya peti tersebut berkunci. Saya doa pada Allah untuk buka peti tu. Alhamdulillah peti tersebut terbuka dan dilihat banyak patung-patung di dalam peti tersebut. Lepas tu saya minta pula AN untuk cari patung dia dan dia kata dapat. Dia cakap lagi terlampau banyak jarum dan tali yang mengikat patung dia. Seterusnya saya beri dia bekas untuk dia isikan jarum-jarum dalam bekas tersebut. hampir 20 minit AN cabut jarum-jarum tu. Dia cakap dah penat. Saya pun doa untuk mencabut semua jarum-jarum tu dan masukkan ke dalam bekas yang telah disediakan dan buang ke laut.Selepas selesai proses mencabut jarum yang dicucuk pada patung tersebut, sesi menggunting tali-tali yang mengikat patung tu dibuat. AN cakap macamana nak potong tak der gunting, Saya doa pada Allah supaya dapat gunting dan AN cakap gunting dah di tapak tangannya dan dia pun menggunting tali-tali tersebut. Selepa selesai, saya minta dia angkat peti tersebut dan dibawa ke dalam hutan dan bakar peti tersebut.

Selepas tu saya minta dia periksa rumah pula, AN cakap ada dua ribu ekor jin dirumahnya, duduk di kipas, aircond, tepi langsir, pintu pagar dalam stor, bumbung dan macam-macam tempat lagi. Saya minta AN suruh mereka ini semua berkumpul di ruang tamu. Kesemua mereka berlari-lari ke ruang tamu. Ada yang jatuh sampaikan AN ketawa berdekah-dekah melihat situasi itu. Lepas tu saya minta ketua dia datang mengahadap saya. Saya tanya pada ketua mereka adakah kamu nak masuk Islam, mereka cakap ya kesemuanya. Saya minta mereka semua mengucap dan semua mengucap kalimah syahadah. Setelah mengucap syahadah saya hantar mereka ke Mekah dan minta ketua mereka berjumpa ketua jin di mekah untuk mempelajari Islam.

Saya minta AN pula tengok tubuhnya dia kata ada paku di kakinya, cangkuk di betis kanan, serbuk perak di lututnya dan tali hitam di dadanya. Setelah semuanya dibakar AN merasakan kakinya kebas. Lepas tu dia merasakan tubuhnya amat ringan sekali.

AN dibekalkan minyak wangi, kunyit, garam dan kapur untuk rawatan pemulihan. Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan total pada AN. Amin.

No comments:

Post a Comment