Friday, July 22, 2016

Diari Rawatan 26 Julai 2016 - Masalah sakit lutut dan muka herot

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS - Bekas bos lama telefon saya meminta bantuan untuk ikhtiarkan suaminya yang telah dimasukkan wad di Nilai Medical Centre kerana muka terherot setelah melakukan kerja-kerja menebas rumah barunya akan dijangka akan diduduki pada bulan September ini. Dia juga mengalami masalah lutut setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010. Sejak itu dia mengalami sakit lutut terutamanya sewaktu solat dan ketika apabila duduk terlalu lama. Tujuan panggil atas nasihat dari beberapa orang sekiranya ada gangguan ghaib pada dirinya.

     Sampai di NMC jam 9.30 malam dan naik ke aras 3 dan bertemu dengan senang saya panggil abang M. Kelihatan mukanya terherot disebabkan tumbuh bisul yang agak besar di bibirnya seterusnya menyebabkan bengkak dan mukanya  terherot. Setelah didoakan pada air, garam dan minyak wangi, terapi dilakukan dan saya minta abang M buat madian selama 3 hari. Memandangkan tiada baldi di hospital, satu idea muncul bila terlihat jag air yang besar. saya minta selepas habis mandian biasa abang M isi jag dengan air dan masukkan garam dan jirus ke seluruh tubuh. Kena ulang sebanyak 7 kali jirus guna jag.

     Alhamdulillah petang tadi berjumpa dengan bekas bos dia maklumkan pada malamnya abang M mendengar dan terasa di lutut kirinya bunyi meletup-letup dan masalah sakit lutut terus hilang.

Thursday, June 16, 2016

Diari rawatan 6 Jun 2016- Gangguan Anak Kerak

Bismillahirohmanirohim (Dengan Nama Allah Yamg Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang)

Terapi Alkautshar (TERAS)-  Alhamdulillah diam tak diam dah hari ke sebelas kita berpuasa di bulan Ramadan AlMubarak. Diam tak diam juga dah empat tahun tak tulis apa-apa diblog ini.

Kali ini nak cerita saya dapat panggilan dari seseorang meminta membantu merawat isterinya yang telah mengalami gangguan dan dikatakan gangguan ' anak kerak'. Jadi pada malam tu selepas solat terawih si suami dan pesakit tiba di rumah saya untuk mendapatkan terapi.
Sedang asyik berborak dengan si suami kelihatan pesakit telah mula menggigil. Bila saya sergah terus kerasukan. Barulah terapi dimulakan. dan semasa terapi pesakit merasa kepanasan dan diakhiri dengan pemutusan gangguan. Setelah sedar pesakit memberitahu dia nampak banyak cahaya hijau dan kehitaman keluar dari tubuhnya. 

Pesakit dibekalkan dengan beberapa bahan untuk pembersihan rumah yang akan digunakan untuk 'perangkap gangguan yang menganggu pesakit' dan juga mandian.Semoga pulih sepenuhnya.

Tuesday, October 15, 2013

Lama Tak Menulis....

Bismillahirrohmanirrohim....



Alhamdulillah masih diberikan peluang menjenguk blog tang telah lama tidak dikemaskini berikutan kesibukan kerja di pejabat di siang hari dan menyediakan perkhidmatan rawatan pada malam hari. Diam tak diam dah hampir setahun tak update di blog. Macam-macam kerenah dan mehnah pesakit, harapan minta diselesaikan. Namun sebagai hamba yang tiada apa-apa hanya boleh memohon kepada Allah swt membantu hamba-hambanya yang menghadapi ujian dan dugaan di dunia yang fana ini sementara menunggu perhitungan sebelum di tempatkan di alam yang kekal abadi selama-lamanya.
Mohon doa moga-moga setiap permasalahan kita dan semua hamba-hamba di didengar dan diterima oleh Allah SWT.


Thursday, July 5, 2012

Diari rawatan 2 Julai 2012-Rawatan Histeria

Bismillahirrohmanirrohim....
TERapi AlkautSar(TERAS)- Alhamdulillah syukur atas nikmat iman dan islam yang Allah telah berikan kepada kita.Tanda kita makhluk yang lemah hina dan jahil.
Sekadar nukilan diari rawatan yang telah dijalankan. Selepas selesai melakukan rawatan beberapa pesakit yang datang ke rumah sehingga jam 1.30 pagi, saya dapat panggilan meminta bantuan terdapat beberapa wanita mengalami histeria di Presint 16. Setelah selesai melakukan apa yang patut saya terus pergi ke rumah yang dimaksudkan. Kelihatan beberapa wanita menjerit-jerit. Terus mengheningkan diri tawajuh ke hadrat Allah memohon petunjuk dan izinNya alhamdulillah keadaan semakin reda. Rawatan dilakukan kepada pesakit-pesakit tersebut. Bila discan dua orang disyaki ada gangguan sihir dan ketiga-tiga mempunyai saka.
Pesakit diminta untuk melakukan mandian menggunakan minyak wangi selama tujuh hari berturut-turut.
Rawatan berakhir jam 4.30 pagi dan paginya kena bertolak ke Universiti Malaya jam 8.00 pagi bagi menghadiri pertandingan akhir Debat Alam Sekitar 2012.

Tuesday, June 19, 2012

Diari rawatan 4 Jun 2012 - Gangguan Sihir


Bismilahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

 (sekadar hiasan)

Alhamdulillah segala puji dan syukur atas segala nikmat  yang telah diberikan.

Seorang wanita yang sedang mengambil PhD telah datang ke rumah bersama suaminya dan anak-anak untuk meminta bantuan rawatan berkenaan masalah dirinya yang katanya mengalami gangguan sejak 9 tahun yang lalu. Masa tu keadaan saya kurang sihat kerana penyakit 'chicken pox' cuma dah hujung-hujung nak sembuh. Setelah mendengar kisah yang diceritakan maka rawatan dimulakan. Pesakit diminta memejamkan mata untuk berzikir. Semasa zikir dilihat pesakit mempunyai potensi untuk meraga sukma. Segala apa yang dia nampak dia ceritakan pada saya. Saya pandunya untuk cari punca penyakitnya. Semasa berjalan dalam terowong masa pesakit ternampak di depannya ada sebuah peti dan bila dibuka ada sebilah pedang dan sebuah mahkota dan pesakit memakainya. 

Dalam perjalanan tersebut di sampai ke tepi pantai dan nampak ada sampan. Bila naik dalam sampan dan berkayuh pesakit sampai di tanah Jawa dan bertemu dengan seseorang yang bernama Hasan. saya minta Hasan menemankan pesakit. Mula-mula pesakit pergi ke rumah ibunya. Kelihatan rumah tersebut terlampau banyak entiti yang tidak dijemput. Proses pebersihan dilakukan. Setelah selesai pergi pula ke rumah sewanya di Kajang. Proses pembersihan juga dilakukan di rumahnya. setelah selesai saya minta pesakit lihat dalam dirinya pula. Terdapat banyak serbuh di dadanya dan di kaki. Pembersihan dilakukan. Saya meminta dia melihat suaminya pula. Bila dia lihat dia nampak banyak ulat-ulat  di dada suaminya. 

Pembersihan dilakukan dan ditangguhkan kerana pesakit merasa letih dan tak larat untuk melakukan meraga sukma. Pesakit dibekalkan dengan air, garam dan minyak wangi untuk minum dan mandian. Pesakit bercadang untuk terapi lagi. Cuma minggu ini akan ke Melaka untuk rawatan pesakit yang mengidap  gila selama 15 tahun.

Saturday, May 19, 2012

Diari Rawatan 9 Mei 2012- Sihir Abu Mayat

Bismillahirrohmanirrohim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TERAS - Alhamdulillah segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Allah atas segala nikmat yang telah diberikan. Baru-baru ini berkesempatan out station ke utara tanah air dan malamnya seorang rakan saya meminta bantuan rawatan bagi isterinya yang dikhabarkan terkena sihir sejak sebelum mereka berkahwin lagi. Pesakit ini tergolong dalam wanita yang cantik.

Rawatan dilakukan pada malam Jumaat. Pesakit kerasukan meliuk-liuk seperti ular dan kadangkala menyondol-nyondol seperti khinzir. Macam-macam kaedah telah digunakan tapi masih tidak berhasil. Saya mencuba kaedah meraga sukma menggunakan pesakit. Bila berjaya meraga sukma saya meminta pesakit berjalan bagi mencari punca penyakitnya. Mula-Mula dia nampak orang yang disyaki sedang memuja-muja gambarnya. Bila jurus dilakukan terus gambar tersebut terlepas dari tangan yang disyaki dan seterusnya pemuja terpelanting jatuh. Pesakit juga nampak seekor khinzir dibakar dan dipuja. Selain itu pesakit juga nampak seorang lelaki telah dibakar hidup-hidup dan abu mayatnya diambil untuk dijadikan sihir. Pesakit juga nampak beberapa kali dia telah diberi makan dengan makanan yang kotor.

Alhamdulillah dapat ilham menggunakan rendaman kaki pesakit selama 40 minit. Alhamdulillah nampak hasil yang positif. Semasa rendaman pesakit namapak air tersebut berwarna putih susu. Bila diletakkan kaki pesakit, pesakit namapak seperti air tersebut berpusar seperti menyedut energi yang tak elok pada tubuh pesakit. Air berkenaan bertukar warna kepada merah dan hitam. Selepas selesai pesakit merasakan badannya semakin ringan. Saya meminta pesakit meneruskan rendaman selama 7 malam berturut-turut serta istiqomah melakukan wirid yang telah dijazahkan.