Sunday, December 19, 2010

PENGALAMAN MERAWAT KALI PERTAMA



Salam semua…

Maaf di atas keterabaian website ini kerana kesibukan tugas seharian.

Untuk kali ini saya nak bercerita pengalaman kali pertama merawat. Kejadian ini berlaku pada tahun 2007.

Kebiasaannya saya akan solat jemaah di Surau . Pada waktu maghrib tu apabila sampai di surau ada 3 org wanita berada di dalam ruangan wanita .Dua orang sedang membaca surah Yassin dan seorang lagi menjerit-jerit nampak gangguan disekitarnya. Saya ingat dia kena histeria tetapi bila saya niat dan berdoa untuk mengalirkan energi penyembuhan, saya rasa macam bukan gangguan histeria. Saya tanya pada 2 wanita tu dia ni kenapa? Salah seorang bagitau keadaan sebenar. Dia menceritakan di rumah pegawai atasannya pegawai tu kena ganguan kerasukan. Remaja ini nampak makhlus halus di sekelilingnya manakala adiknya pun merasa sakit. Jadi mereka tak tau nak kemana, mereka pun bergerak ikut naluri mereka. mereka pun berhenti di surau bila dengar ada azan.

Saya bagitau mereka saya nak solat maghrib dulu. Lepas selesai solat saya balik rumah untuk tukar seluar dan seterusnya pergi ke rumah yang ada gangguan.

Apabila sampai saya telefon sifu apa nak buat? Sifu cakap buatlah apa yang patut.

Lepas tu proses rawatan dijalankan. Pertama sekali rawatan dijalankan pada pelajar remaja yang boleh nampak makhlus halus tersebut. Rawatan dilakukan selama 30 minit. Punca penyebab pelajar ni nampak adalah kerana ada makhluk halus yang duduk di mata dia bagi laluan supaya nampak makhluk halus tersebut . Jadi kaedah menarik seluruh energi negatif dari tubuh pesakit dibuat dan remaja dah tak nampak dah makhluk tadi. Rawatan susulan adalah mandian dengan minyak wangi dan garam selama 7 hari selepas asar dan meminum air rawatan yang telah didoakan.

Rawatan kedua dilakukan kepada adik remaja. Ujian dilakukan dengan menggunakan minyak wangi bagi memastikan adanya energi negatif paada tubuh adik remaja tu. Bila ujian dilakukan simpton-simpton ada ganguan dikenalpasti. Adik remaja ni diminta juga buat rawtaan susulan dengan mandian minyak wangi dan garam serta minum air rawatan yang telah didoakan untuk penyembuhan.

Rawatan ketiga dilakukan pada ibu remaja. Tiada respon dan dia berpura-pura tidur. Kaedah pengaliran energi positif dilakukan dan energi negatif di dalam tubuhnya telah memberi amaran supaya berhati-hati dengan keluarga saya di rumah.

Mandian dilakukan dengan menggunkan garam, minyak wangi dan beberapa bahan lain pada pukul 1.30 pagi dan dilakukan oleh suaminya.

Nampanya kekuatan energi negatif telah berkurangan dan dibiarkan dia menyambung tidur.

Pada keesokan harinya si suami telah menelefon mengatakan isterinya telah sembuh.

Syukur Alhamdulillah….

No comments:

Post a Comment