Monday, December 20, 2010

RAWATAN 23 JULAI 2010

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirohmanirrohim…

TERAS- Seorang kenalan saya dari Sabah, Encik S mahu berjumpa saya pada malam tersebut di Bukit Angkasa, Petaling Jaya. Penyakitnya adalah tidak boleh solat, bilamana bersolat seluruh tubuhnya akan sakit-sakit seperti dipukul dengan kayu yang besar. Saya pun bertolak dari Putrajaya ke Bukit Angkasa dan sampai jam 8 malam. Semasa solat jemaah bersama-sama dia merasakan seperti dipukul dengan kayu yang kuat.Selepas solat Maghrib kami pun berborak-borak , tengah-tengah borak tiba-tiba dia dah transforms jadi lain. Nama dia pun dah tukar jadi Rukail. Umurnya 13000 tahun dan asal dari Mesir. Saya pun sakatlah Rukail nie sampai dia pun mati akal dengan saya. Saya ajak dia masuk Islam, dia tak mahu. Suruh keluar dari badan kenalan saya, dia tak nak. Yang bestnya dia tak boleh tengok saya sebab dia kata dia nampak cahaya kuning keemasan di sekitar tubuh saya. ( entah yer entah tak). Dia pun membebel dan dia pun hairan mana bola-bola api dan geng-geng yang tuan dia hantar tak sampai. Bila saya sentuh perut dia terus perut dia rasa memulas. Lepas tu saya saya pegang belakang badan dia dan pada masa tu dia mula meronta-tonta. Penyaluran energi-energi penyembuhan dialirkan dan tepukan di seluruh badan meyebabkan En S muntah mengeluarkan lendir hitam dipercayai sihir ilmu hitam menggunakan kayu nisan kubur. Semasa rawatan dijalankan keluarganya di Sabah pun menerima tempias seperti sakit kaki, pening kepala pada masa yang sama. Kaedah memanggil semua gangguan dilakukan dan bilamana semua gangguan telah berada di depan maka kaedah penguncian dan buangan dilakukan ke laut. Bagi pesakit pula kaedah pemutusan energi dilakukan. Setelah selesai saya minta pesakit terus mandi garam dan minyak wangi. Dia merasakan segar dan lebih ringan.

Lepas mandian kami solat isyak berjemaah dan seterusnya makan malam jam 12 tengah malam. Lepas makan kami lepak kejap di rumahnya dan dia transform lagi. Kali ni jin Nomi pulak muncul. Saya pegang point tangan dia dan terus zikir ALLAH dan hembus ke tubuh pesakit. Gangguan mengalah dan terus nak keluar dari tubuhnya. Perjanjian dibuat dan penghantaran gangguan kembali ke Sulawesi dijalankan. Pesakit sedar seketika kemudian.

Saya minta pesakit teruskan mandian garam dan minyak wangi selama 7 hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment