Sunday, December 19, 2010

RAWATAN HISTERIA DI SEKOLAH

(sekadar gambar hiasan)
Bismillahirohmanirrohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TERAS- Pada 21 Ogos 2009 bersamaan pada hari Jumaat,seramai 30 orang pelajar salah sebuah sekolah di Putrajaya telah mengalami kerasukan (histeria). Kejadian ini telah berlaku dari pukul 8 pagi -12.30 tengahari.

Pihak sekolah telah memanggil saya untuk membantu menangani pelajar-pelajar yang terkena histeria. Sebelum kejadian ini bermula pada malam tersebut saya telah mendapat satu bisikan semasa tengah berzikir di surau semasa bacan yassin dan tahlil.

Pada keesokan harinya selepas saya punch kad, satu panggilan telah diterima meminta saya datang ke sekolah tersebut bagi membantu menangani kes ini. Apabila sampai, ada 3 orang pelajar wanita yang telah kena histeria. Untuk makluman ini adalah pertama kali saya berdepan dengan kes histeria.

Saya telah meminta mana-mana pelajar yang yang hampir kerasukan minum air yassin dan juga air garam yang telah saya doakan dan juga telah saya ruqyah syar’iah. Saya mula menyentuh kepala mereka selama lima minit dan niat (doa ) kepada Allah SWT untuk mengalirkan energi penyembuhan kepada pelajar terbabit sambil membaca beberapa potongan ayat suci al Quran . Alhamdulillah,dengan kehendak dan kuasa Allah telah memakbulkan doa saya untuk merawat pelajar-pelajar tersebut.

Kemudian berderet-deret pelajar yang mula kena histeria sehingga jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan baik dan pelajar yang kena histeria dibekalkan dengan garam untuk mandian selama 7 hari berturut-turut.

No comments:

Post a Comment