Monday, December 27, 2010

Rawatan Pada 25 Disember 2010




Bismillahirrohmanirrohim...

Pada Asar Sabtu lepas, saya telah didatangi seorang wanita yang saya gelarkan Puan Z . Dia mengadu mengalami gangguan pada dirinya dan semakin sakit sejak kebelakangan ini. Bila sampai di rumah saya, sakitnya semakin menjadi-jadi sehinggakan tidak bolah berdiri langsung dan saya dia minta duduk di kerusi.

Saya minta dia memejamkan mata dan membaca selawat sebanyak mungkin. Proses mendiagnosis penyakit dilakukan bermula dari kepala hingga hujung kaki. Puan Z menyatakan semasa proses mendiagnos kakinya terasa sangat sejuk. Hmmm ada energi negatif pada kakinya .
Saya minta izin untuk menyentuh kepalanya sambil membaca ayat suci Al quran dan selawat-selawat serta zikir selama 20 minit. Selama proses tersebut pada mulanya tangan dan kaki Puan Z mulai bergetar serta jeritan semakin kuat. Goncangan kepala pun semakin menjadi-jadi. Cukup 20 minit rawatan dihentikan dan saya minta Puan Z membuka mata dan minum air yang telah saya doakan. Kemudian saya minta dia menyapukan minta wangi Al Kautsar ( buatan sendiri berdasarkan sebuah kitab lama) pada kaki yang sakit. Lepas lima minit tiba-tiba dia bangkit dari duduknya sambil kehairanan dan menyatakan sakit-sakit dikakinya terus hilang.

Seperti biasa saya minta Puan Z mandi minyak wangi dan garam selama 3 hari berturut. Alhamdulillah pesakit telah sembuh dan proses mandian sedang dilakukan bagi pembersihan dari saki baki energi negatif di tubuhnya

Wednesday, December 22, 2010

Rawatan,Pembersihan Rumah & Kedai Pada 28 Jun 2010

Bismillahirohmanirrohim

Alhamdulillah baru lega dari kesibukan sebagai AJK bagi program surau di tempat saya sempena majlis isra’ dan mikraj, Program Juara Rakyat serta tugas-tugas seharian.

Untuk kali ini kisah rawatan adalah rentetan dari kisah rawatan yg dilakukan ke atas cikgu yang mengajar di Mukah tempohari.

Pda 28 Jun, suaminya Encik G menelefon saya menyatakan masih ada gangguan di rumahnya walaupun pembersihan telah dijalankan. Jadi saya tanya pada dia rumah dia di mana dan dia kata rumahnya di Bagan Serai, Perak. Pagi tu saya dalam perjalanan ke Taiping bagi menjalankan kerja-kerja audit. Saya cakap dengan dia kita jumpa malam ni. Pada mulanya dia terkejut tapi saya maklumkan saya memang ada kerja pada hari tu di Taiping. Jadi pada malamnya rawatan dilakukan di rumah Encik G.

Mula-mula rawatan dilakukan pada emak Encik G yang mengalami sakit -sakit sendi yang dah lama. Rawatan dilakukan dan meminta ibunya mandia dengan minyak wangi dan garam selama 7 hari. Selepas itu pada isterinya bertugas sebagai guru di Mukah yang masih bercuti. Rawatan dijalankan dan nampak ada perubahan pada isterinya dimana tiada sendawa lagi semasa sesi rawatan dijalankan. isterinya pun saya minta mandi dengan garam dan minyakl wangi selama 7 hari.

Lepas tu rawatan pada Encik G. Bila saya letak tangan saya pada dadanya terus dia merasakan ada benda bergerak-gerak dari lutut terus ke kawasan belakang badannya. Semasa bacaan ayat ruqyah terasa dada dia kesakitan dan sukar untuk bernafas. Rawatan dijalankan sehingga bacaan ruqyah habis. Rawatan diakhiri dengan mandian garam dan minyak wangi.

Sesi pemagaran dimulakan bagi rumah dia dan kedai menggunakan medium air kolah masjid dan kain putih. dan dibiarkan selama 7 hari. Saya balik dan tidur di hotel jam 2 pagi.

2 hari lepas dia beritahu masih ada lagi gangguan di rumahnya walaupun pembersihan dan pemagaran telah dibuat seperti yang diterangkan pada malam tu. maka saya pun berdoa mohon pada Allah supaya dapat puncanya. Saya pun minta dia jangan menyembunyikan apa-apa dengan saya tentang amalan atau perkara-perkara lain. Pada mulanya dia tak mengaku jadi saya pun cakap kalau tak mengaku tak selesailah masalah.

Malam tadi dia telefon balik dulu dia sekeluarga ada saka dan banyak barang seperti keris, parang yg digunakan pada 13 Mei dan beberapa barang yang lain telah dimusnahkan dan mereka sekeluarga telah menjalani rawatan untuk buang saka. saya cakap pada Encik G masih ada lagi barang yang belum dibersihkan lagi dalam rumah Encik G. Dia pun geledah lagi dan jumpa barang seperti selendang merah, tombak dan beberapa barang lain yang disyaki. Saya minta dia rendam dengan air garam yang telah di doakan selama semalaman. Sebenarnya masih ada lagi barang-barang yang ditanam di bawah rumahnya tetapi telah disimen dibuat lantai. Saya cakap padanya supaya selesaikan masalah barang-barang pusaka dia dulu dan kita tengok macamana.

Alhamdulillah berjaya juga dapat selesaikan masalah En G. Saya dapat ilham semasa lepas solat Jumaat semasa tengah berzikir minta petunjuk maka Allah beri ilham untuk selesaikan masalah tersebut..

Monday, December 20, 2010

RAWATAN 27 APRIL 2010

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS -Pakcik Z telah menelefon saya meminta untuk diadakan rawatan ke atas penyakitnya. Nama penyakitnya kalau orang jawa sebut ” denah” . Penyakit ini mula dihidapi pada tahun 2000 lagi dan bahagian yang mula kena ialah betis kaki kirinya dan mula merebak ke kaki kanan sejak tahun lepas.

Malamnya saya ke rumahnya di Semenyih dan sampai jam 9.00 malam. Memang betul kedua-dua kakinya hitam tetapi bukan seperti kena penyakit diabetes. Pertama kali tengok penyakit tu. Saya pun minta Pakcik Z duduk melunjur kaki dan minta dia berselawat banyak-banyak dan jangan putus zikir. Rawatan dimulakan dengan berdoa kepada Allah moga disembuhkan penyakitnya. Tempat yang sakit dipegang selama 35 minit sambil memohon kepada Allah sambil membaca doa nurun nubuwah dan pembatal sihir. Setelah selesai sesi rawatan pertama saya tanya apa yang pakcik rasa? Pakcik Z jawab dia ada rasa seperti sesuatu yang ditarik keluar dari kakinya semasa sesi rawatan dijalankan.

Saya minta Pakcik Z menyediakan kapur, kunyit , air basuhan beras, minyak wangi dan garam untuk rawatan selanjutnya. Sambil menunggu anaknya beli barang yang diperlukan pakcik Z ajakler saya makan. Penat tu setengah jam kerah energi. Maka perut pun diisi. Kami makan rojak ala kadar. Bila habis makan barang yang diperlukan pun sampai. Barang-barang didoakan . Ada yang digunakan untuk mandian dan juga disapukan ke tempat yang sakit (hitam).Minta dia buat dalam masa tujuh hari. Balik jam 10.45 malam.

Petang tadi dia telefon balik (hari kedua mandian dan sapuan), dia ucapkan terima kasih sebab sakit dah berkurang banyak dan sebelum rawatan dilakukan setiap malam dia mengalami kekejangan kaki dan dah 2 malam tidak mengalami kekejangan. Dia tanya saya kenapa kapur campur kunyit jadi merah? Saya cakap saya pun tak tahu sebab pertama kali baru minta pesakit buat benda ni. Sebenarnya itu adalah tindakbalas kimia.

Segala pujian ke hadrat Allah SWT yang memudahkan segala-galanya kerana dialah yang Maha Penyembuh bagi segala penyakit. Saya mendoakan semoga semua pesakit yang datang berubat dengan saya semoga Allah Sembuhkan. Amin

RAWATAN 23 JULAI 2010

(sekadar gambar hiasan)

Bismillahirohmanirrohim…

TERAS- Seorang kenalan saya dari Sabah, Encik S mahu berjumpa saya pada malam tersebut di Bukit Angkasa, Petaling Jaya. Penyakitnya adalah tidak boleh solat, bilamana bersolat seluruh tubuhnya akan sakit-sakit seperti dipukul dengan kayu yang besar. Saya pun bertolak dari Putrajaya ke Bukit Angkasa dan sampai jam 8 malam. Semasa solat jemaah bersama-sama dia merasakan seperti dipukul dengan kayu yang kuat.Selepas solat Maghrib kami pun berborak-borak , tengah-tengah borak tiba-tiba dia dah transforms jadi lain. Nama dia pun dah tukar jadi Rukail. Umurnya 13000 tahun dan asal dari Mesir. Saya pun sakatlah Rukail nie sampai dia pun mati akal dengan saya. Saya ajak dia masuk Islam, dia tak mahu. Suruh keluar dari badan kenalan saya, dia tak nak. Yang bestnya dia tak boleh tengok saya sebab dia kata dia nampak cahaya kuning keemasan di sekitar tubuh saya. ( entah yer entah tak). Dia pun membebel dan dia pun hairan mana bola-bola api dan geng-geng yang tuan dia hantar tak sampai. Bila saya sentuh perut dia terus perut dia rasa memulas. Lepas tu saya saya pegang belakang badan dia dan pada masa tu dia mula meronta-tonta. Penyaluran energi-energi penyembuhan dialirkan dan tepukan di seluruh badan meyebabkan En S muntah mengeluarkan lendir hitam dipercayai sihir ilmu hitam menggunakan kayu nisan kubur. Semasa rawatan dijalankan keluarganya di Sabah pun menerima tempias seperti sakit kaki, pening kepala pada masa yang sama. Kaedah memanggil semua gangguan dilakukan dan bilamana semua gangguan telah berada di depan maka kaedah penguncian dan buangan dilakukan ke laut. Bagi pesakit pula kaedah pemutusan energi dilakukan. Setelah selesai saya minta pesakit terus mandi garam dan minyak wangi. Dia merasakan segar dan lebih ringan.

Lepas mandian kami solat isyak berjemaah dan seterusnya makan malam jam 12 tengah malam. Lepas makan kami lepak kejap di rumahnya dan dia transform lagi. Kali ni jin Nomi pulak muncul. Saya pegang point tangan dia dan terus zikir ALLAH dan hembus ke tubuh pesakit. Gangguan mengalah dan terus nak keluar dari tubuhnya. Perjanjian dibuat dan penghantaran gangguan kembali ke Sulawesi dijalankan. Pesakit sedar seketika kemudian.

Saya minta pesakit teruskan mandian garam dan minyak wangi selama 7 hari berturut-turut.

RAWATAN SANTAU 30 JUN 2010


(sekadar gambar hiasan)

BISMILLAHIROHMANIRRAHIM (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TERAS- Seorang rakan saya telah menelefon meminta untuk berjumpa pada malam tersebut kerana dia ada membawa seorang pesakit yang dikatakan terkena santau. Tak pernah lagi merawat penyakit santau dan inilah pesakit pertama saya. Lebih kurang 10.30 malam rakan saya dan En R telah tiba di rumah dan kami pun berboraklah dulu sambil saya mendiagnos En. R. Berdasarkan perbualan En. R telah mendapatkan rawatan dari seorang perawat di Kedah dan kerana masalah jarak dia tidak dapat selalu pergi ke sana. En R ada memberitahu dia mengalami sakit pada dada dan kaki terutamanya pada waktu asar ke malam.

Saya meminta En. R baring di katil dan saya pun scanning badan dia untuk mengetahui lokasi santau yang masih ada di tubuhnya. Semasa proses scanning dijalankan dia merasakan dadanya panas dan kakinya terasa seperti mencucuk-cucuk. Lepas tu saya berdoa pada Allah memohon Allah mengalirkan energi penyembuhan kepada pesakit ini sambil membacakan di dalam hati sumpahan bagi mematikan bisa santau sambil meletakkan tangan saya di dadanya selama 10 minit diikuti 20 minit dia pegang dengan tangannnya. Rawatan diteruskan dengan bedah batin dan menggunakan telur sebagai medium menyedut saki baki bisa yang ada. Dua biji telur telah digunakan. Rawatan selesai dalam pukul 11.30 malam dan pesakit dibekalkan minyak wangi dan garam untuk mandian dan beras bagi minuman selama 41 hari.

Alhamdulillah pesakit telah sembuh dari penyakitnya...

Sunday, December 19, 2010

RAWATAN HISTERIA DI SEKOLAH

(sekadar gambar hiasan)
Bismillahirohmanirrohim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TERAS- Pada 21 Ogos 2009 bersamaan pada hari Jumaat,seramai 30 orang pelajar salah sebuah sekolah di Putrajaya telah mengalami kerasukan (histeria). Kejadian ini telah berlaku dari pukul 8 pagi -12.30 tengahari.

Pihak sekolah telah memanggil saya untuk membantu menangani pelajar-pelajar yang terkena histeria. Sebelum kejadian ini bermula pada malam tersebut saya telah mendapat satu bisikan semasa tengah berzikir di surau semasa bacan yassin dan tahlil.

Pada keesokan harinya selepas saya punch kad, satu panggilan telah diterima meminta saya datang ke sekolah tersebut bagi membantu menangani kes ini. Apabila sampai, ada 3 orang pelajar wanita yang telah kena histeria. Untuk makluman ini adalah pertama kali saya berdepan dengan kes histeria.

Saya telah meminta mana-mana pelajar yang yang hampir kerasukan minum air yassin dan juga air garam yang telah saya doakan dan juga telah saya ruqyah syar’iah. Saya mula menyentuh kepala mereka selama lima minit dan niat (doa ) kepada Allah SWT untuk mengalirkan energi penyembuhan kepada pelajar terbabit sambil membaca beberapa potongan ayat suci al Quran . Alhamdulillah,dengan kehendak dan kuasa Allah telah memakbulkan doa saya untuk merawat pelajar-pelajar tersebut.

Kemudian berderet-deret pelajar yang mula kena histeria sehingga jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan baik dan pelajar yang kena histeria dibekalkan dengan garam untuk mandian selama 7 hari berturut-turut.

PENGALAMAN MERAWAT KALI PERTAMA



Salam semua…

Maaf di atas keterabaian website ini kerana kesibukan tugas seharian.

Untuk kali ini saya nak bercerita pengalaman kali pertama merawat. Kejadian ini berlaku pada tahun 2007.

Kebiasaannya saya akan solat jemaah di Surau . Pada waktu maghrib tu apabila sampai di surau ada 3 org wanita berada di dalam ruangan wanita .Dua orang sedang membaca surah Yassin dan seorang lagi menjerit-jerit nampak gangguan disekitarnya. Saya ingat dia kena histeria tetapi bila saya niat dan berdoa untuk mengalirkan energi penyembuhan, saya rasa macam bukan gangguan histeria. Saya tanya pada 2 wanita tu dia ni kenapa? Salah seorang bagitau keadaan sebenar. Dia menceritakan di rumah pegawai atasannya pegawai tu kena ganguan kerasukan. Remaja ini nampak makhlus halus di sekelilingnya manakala adiknya pun merasa sakit. Jadi mereka tak tau nak kemana, mereka pun bergerak ikut naluri mereka. mereka pun berhenti di surau bila dengar ada azan.

Saya bagitau mereka saya nak solat maghrib dulu. Lepas selesai solat saya balik rumah untuk tukar seluar dan seterusnya pergi ke rumah yang ada gangguan.

Apabila sampai saya telefon sifu apa nak buat? Sifu cakap buatlah apa yang patut.

Lepas tu proses rawatan dijalankan. Pertama sekali rawatan dijalankan pada pelajar remaja yang boleh nampak makhlus halus tersebut. Rawatan dilakukan selama 30 minit. Punca penyebab pelajar ni nampak adalah kerana ada makhluk halus yang duduk di mata dia bagi laluan supaya nampak makhluk halus tersebut . Jadi kaedah menarik seluruh energi negatif dari tubuh pesakit dibuat dan remaja dah tak nampak dah makhluk tadi. Rawatan susulan adalah mandian dengan minyak wangi dan garam selama 7 hari selepas asar dan meminum air rawatan yang telah didoakan.

Rawatan kedua dilakukan kepada adik remaja. Ujian dilakukan dengan menggunakan minyak wangi bagi memastikan adanya energi negatif paada tubuh adik remaja tu. Bila ujian dilakukan simpton-simpton ada ganguan dikenalpasti. Adik remaja ni diminta juga buat rawtaan susulan dengan mandian minyak wangi dan garam serta minum air rawatan yang telah didoakan untuk penyembuhan.

Rawatan ketiga dilakukan pada ibu remaja. Tiada respon dan dia berpura-pura tidur. Kaedah pengaliran energi positif dilakukan dan energi negatif di dalam tubuhnya telah memberi amaran supaya berhati-hati dengan keluarga saya di rumah.

Mandian dilakukan dengan menggunkan garam, minyak wangi dan beberapa bahan lain pada pukul 1.30 pagi dan dilakukan oleh suaminya.

Nampanya kekuatan energi negatif telah berkurangan dan dibiarkan dia menyambung tidur.

Pada keesokan harinya si suami telah menelefon mengatakan isterinya telah sembuh.

Syukur Alhamdulillah….

RAWATAN HISTERIA/KERASUKAN

(sekadar gambar hiasan)


Bismilahirrohmanirrohim ( Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang)

TERAS - Di sini saya ingin berkongsi sedikit kaedah rawatan histeria, mudahan ia bermanfaat untuk semua yang meminati ilmu perubatan alternatif dan juga bagi yang memerlukan.

1.Sediakan beberapa bungkus “ice cube”.
2.Sedia 1 botol minyak wangi tanpa alkohol atau minyak aroma terapi.
3.Garam satu genggam(Apa sahaja jenis garam).
4.Campurkan kesemuanya di dalam sebaldi air. Pastikan ais penuh satu baldi dan minyak wangi dalam 1 botol (sebesar ibu jari) .
5.Berdoa mengikut bahasa sendiri…baca Bismillah dan ayat-ayat yang dirasakan sesuai, atau mengikut ilmu masing-masing.
6.Mandikan pesakit dari bawah kaki sampai ke kepala dengan niat membuang energi negatif. Mandikan terus 1 baldi.. Sekiranya belum cukup, mandikan sebaldi lagi, atau tambah 2 baldi.

Mudah dilakukan… kita hanya berikhtiar..Allah yang menentukan keberhasilan…Insyaallah Allah membantu orang yang ikhlas dalam memberikan pertolongan…. Selamat mencuba dan semoga berjaya