Monday, December 20, 2010

RAWATAN 27 APRIL 2010

Bismillahirrohmanirrohim...

TERAS -Pakcik Z telah menelefon saya meminta untuk diadakan rawatan ke atas penyakitnya. Nama penyakitnya kalau orang jawa sebut ” denah” . Penyakit ini mula dihidapi pada tahun 2000 lagi dan bahagian yang mula kena ialah betis kaki kirinya dan mula merebak ke kaki kanan sejak tahun lepas.

Malamnya saya ke rumahnya di Semenyih dan sampai jam 9.00 malam. Memang betul kedua-dua kakinya hitam tetapi bukan seperti kena penyakit diabetes. Pertama kali tengok penyakit tu. Saya pun minta Pakcik Z duduk melunjur kaki dan minta dia berselawat banyak-banyak dan jangan putus zikir. Rawatan dimulakan dengan berdoa kepada Allah moga disembuhkan penyakitnya. Tempat yang sakit dipegang selama 35 minit sambil memohon kepada Allah sambil membaca doa nurun nubuwah dan pembatal sihir. Setelah selesai sesi rawatan pertama saya tanya apa yang pakcik rasa? Pakcik Z jawab dia ada rasa seperti sesuatu yang ditarik keluar dari kakinya semasa sesi rawatan dijalankan.

Saya minta Pakcik Z menyediakan kapur, kunyit , air basuhan beras, minyak wangi dan garam untuk rawatan selanjutnya. Sambil menunggu anaknya beli barang yang diperlukan pakcik Z ajakler saya makan. Penat tu setengah jam kerah energi. Maka perut pun diisi. Kami makan rojak ala kadar. Bila habis makan barang yang diperlukan pun sampai. Barang-barang didoakan . Ada yang digunakan untuk mandian dan juga disapukan ke tempat yang sakit (hitam).Minta dia buat dalam masa tujuh hari. Balik jam 10.45 malam.

Petang tadi dia telefon balik (hari kedua mandian dan sapuan), dia ucapkan terima kasih sebab sakit dah berkurang banyak dan sebelum rawatan dilakukan setiap malam dia mengalami kekejangan kaki dan dah 2 malam tidak mengalami kekejangan. Dia tanya saya kenapa kapur campur kunyit jadi merah? Saya cakap saya pun tak tahu sebab pertama kali baru minta pesakit buat benda ni. Sebenarnya itu adalah tindakbalas kimia.

Segala pujian ke hadrat Allah SWT yang memudahkan segala-galanya kerana dialah yang Maha Penyembuh bagi segala penyakit. Saya mendoakan semoga semua pesakit yang datang berubat dengan saya semoga Allah Sembuhkan. Amin

2 comments:

  1. asalammalaikum ustaz.....
    boleh saye tahu bagaimana cara mandian dan campuran untuk sapuan dilakukan.....
    terima kaseh ustaz...

    ReplyDelete
  2. Misz:
    nak campur tu senang jer..yang pentingnya doa dia....

    ReplyDelete